Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun 2022 kini dibuka.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
BKM merupakan bantuan tunai inisiatif kerajaan yang menyasarkan golongan yang memerlukan bagi meringan beban sara hidup dan isi rumah berpendapatan rendah.
BKM juga telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan bakal memberi manfaat kepada pelbagai golongan termasuklah isi rumah B40, M40, warga emas, serta bujang.
Golongan yang layak memohon bolehlah semak syarat kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia serta cara memohon.
Syarat-Syarat Kelayakan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan bagi pemberian Bantuan Keluarga Malaysia seperti berikut :
Isi Rumah
- Berkahwin atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang memepati syarat dan
- Pendapatan isi rumah adalah RM 5,000 ke bawah
Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Mestilah berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah RM 5,000 ke bawah
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur antara 21 ke 59 tahun
- Pendapatan bulanan RM 2,500 ke bawah
Kedah Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
Untuk maklumat anda, data penerima BPR 2021, BKC B40, serta data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik untuk diverifikasi kelayakannya.
Permohonan baharu BKM perlulah dibuat sekiranya TIADA REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan baharu boleh dibuat melalui pautan di bawah.
https://bkm.hasil.gov.my/PermohonanBKM?
Tarikh Kemaskini / Permohonan Baharu Bantuan Keluarga Malaysia 2022
Tempoh kemaskini maklumat atau permohonan baharu bagi Bantuan Keluarga Malaysia boleh dibuat sepanjang tempoh berikut :
1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022
Tarikh kemaskini dan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut :
Bantuan Isi Rumah
Pendapatan Rm2,500 ke bawah
- Tiada anak : RM 1,000
- 1-2 orang anak : RM 1,500
- Anak melebihi 3 orang : RM 2,000
Pendapatan RM 2,501- RM5,000
- Tiada anak : RM 400
- 1-2 orang anak : RM 600
- Anak melebihi 3 orang : RM 800
Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
Pendapatan RM 5,000 ke bawah
- Tiada anak : RM 600
Bujang
Pendapatan RM 2,500 ke bawah
- Tiada anak : RM 350
Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut :
- Tambahan RM 500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat ; atau
- Tambahan RM 300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Tarikh Pembayaran BKM
Pembayaran BKM akan dilaksanakan secara berfasa iaitu 4 kali setahun :
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 (Mac 2022)
- Isi rumah
- Warga emas bujang / tiada pasangan
- Bujang
Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 (Jun 2022)
- Isi rumah
- Warga emas bujang / tiada pasangan
Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 (September 2022)
- Isi rumah
- Warga emas bujang/ tiada pasangan
- Bujang
Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 (Disember 2022)
- Isi rumah
- Warga emas bujang / tiada pasangan
Tarikh pembayaran BKM bagi setiap fasa juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuatnaik di portal LHDNM melalui pautan di bawah.
https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf