Insurans Cermin Kereta : Cara Claim & Harga
Insurans Cermin Kereta : Cara Claim Cermin Kereta Pecah & Harga Semasa
Cermin kereta yang pecah atau retak seribu adalah perkara biasa yang sering dialami oleh pemilik kenderaan.
Ia boleh berlaku tanpa dijangka sama ada ketika sedang memandu atau apabila kereta ditinggalkan sementara di kawasan parking.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa cermin kereta menyumbang kepada 34 peratus daripada keseluruhan struktur kereta. Selain melindungi pemandu dan penumpang dari kemalangan dan kecederaan, ia juga berfungsi untuk memberi perlindungan daripada habuk, angin dan hujan.
Biasanya pemilik kereta akan mengambil perlindungan insurans sekiranya cermin kereta mengalami kerosakan akibat pelbagai faktor.
Apakah kepentingannya dan bagaimana cara untuk claim sekiranya berlaku perkara tak diingini? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Kepentingan Insurans Cermin Kereta
Bagi yang belum tahu, insurans perlindungan cermin kereta boleh ditambah atau add-on ketika pemilik kereta atau wakil membuat pembaharuan insurans dan cukai jalan. Mungkin ada yang berkira-kira ketika renew roadtax dan insurans tahunan. Namun anda sangat digalakkan untuk melabur sedikit untuk dapatkan perlindungan ini kerana kemalangan tidak boleh dijangka.
Bukan setakat kemalangan jalan raya, malah banyak perkara yang boleh menjadi punca kerosakan cermin kereta seperti pokok tumbang, rompakan, dan macam-macam lagi.
Cuma sesetengah kes seperti terkena batu semasa pemotongan rumput yang membolehkan anda tuntut dari syarikat yang terlibat.
Namun, untuk kes lain-lain kemungkinan besar anda perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk baiki cermin kereta yang rosak sekiranya tiada insurans tambahan.
Jadi, bila anda sudah miliki insurans untuk cermin kereta, maka anda tidak perlu risau lagi sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Cara Claim Kalau Retak / Pecah
Sekiranya cermin kereta anda pecah atau retak, anda boleh lakukan tuntutan daripada penyedia insurans dengan syarat anda mempunyai perlindungan tambahan ini.
Dengan adanya perlindungan ini, anda akan diberi pampasan terhadap kos yang diperlukan bagi menggantikan cermin kereta yang retak atau pecah.
Bergantung pada polisi insurans yang diambil, pelbagai situasi membolehkan anda untuk claim insurans cermin kereta antaranya terkena batu, dipecahkan (rompakan/samun), retak/pecah kerana kemalangan dan sebagainya.
Untuk tuntut insurans bagi cermin kereta, anda hanya perlu sediakan dokumen salinan dan asal seperti berikut :
- Kad pengenalan pemilik dan lesen pemilik kereta
- Lesen memandu
- Geran kereta
- Salinan polisi insurans yang masih sah
- Cop syarikat & SSM (untuk kenderaan syarikat sahaja)
Seterusnya, bawa kereta anda ke bengkel panel untuk urusan penggantian cermin. Biasanya, penyedia insurans mempunyai senarai panel bengkel di seluruh Malaysia.
Harga Cermin Kereta di Pasaran Malaysia
Memetik portal windscreen2u.com, berikut dikongsikan anggaran harga semasa bagi cermin kereta di pasaran Malaysia untuk rujukan anda seperti berikut:
Model | Anggaran Harga Cermin Kereta |
Perodua Myvi | RM600 – RM700 |
Proton Wira | RM700 – 800 |
Toyota Vios | RM800 – RM2,000 |
Toyota Alphard | RM3,000 |
Toyota Yaris | RM1,500 |
Perodua Kancil | RM500 |
Proton Waja | RM800 |
Proton Iswara | RM700 |
Perodua Kelisa | RM500 |
Honda Civic FD | RM1,500 – 2,000 |
Perodua Axia | RM500 |
Perodua Bezza | RM700 |
Honda City | RM1,000 – RM1,200 |
Honda Jazz | RM1,000 – RM1,500 |
Honda HR-V | RM1,500 – RM3,000 |
Honda BR-V | RM1,500 |
Honda Accord | RM1,000 – RM2,500 |
Nota : Harga tertakluk kepada perubahan pasaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan kereta, sila rujuk pada penyedia insurans masing-masing.
Baca Juga : Harga Roadtax Kereta 2023 Senarai Terkini JPJ