Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD

Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD ~ Sukacita dimaklumkan bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk pelajar Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah 2022 kini dibuka.

Peluang ini terbuka kepada semua pelajar beragama Islam yang bermastautin di Pulau Pinang serta memenuhi syarat kelayakan.

Baca Juga : Skim Agihan Awal IPT 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan bagi bantuan ini dibuka bermula 23 Mac 2022 hingga 22 April 2022.

Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP

Syarat-Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat untuk memohon Dermasiswa Zakat Pulau Pinang MAINPP perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Tidak mendapat bantuan atau tajaan pembiayaan dari mana-mana pihak kecuali PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang
  • Terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi yang tersenarai dalam MQA.
  • Sedang melanjutkan pelajaran dalam salah satu peringkat pengajian berikut :

-Diploma

-Ijazah Sarjana Muda

-Ijazah Sarjana

-Ijazah Doktor Falsafah

Cara Memohon

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

Zakatpenang2u.com

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi Bahagian Institusi & Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di saluran berikut :

Telefon :  04 – 549 8125/155

Emel : [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!