Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) JKM RM500 Sebulan
Selain bantuan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), bantuan kepada warga emas atau orang tua juga turut diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Bantuan Orang Tua (BOT).
Untuk makluman, penerima yang layak menerima BOT ini akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.
JKM memaklumkan, tujuan bantuan BOT diberikan adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Pemberian BOT daripada JKM ini diharap dapat membantu warga emas yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan mereka.
Syarat Kelayakan
Pemohon yang ingin memohon BOT perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Pemohon merupakan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Pemohon adalah warga emas yang bukan tinggal di:
– Institusi kendalian JKM; atau
– Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma. - Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan BPT, ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
1. Sila muat turun borang-borang permohonan berikut:
– JKM 18 Borang Permohonan Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf
– JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf
2. Borang-borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan betul.
3. Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan berikut perlu dibawa bersama ke pejabat JKM bagi permohonan BOT iaitu:
- Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).
Soalan Lazim
Untuk BOT, penerima yang layak akan menerima bantuan daripada JKM berjumlah RM500 sebulan.
Ya. Pemohon yang berumur lebih 60 tahun layak untuk memohon BOT daripada JKM.
Tidak. Pemohon yang tinggal di Pusat Jagaan Harian atau mana-mana institusi kendalian JKM tidak layak memohon BOT.
Tidak. Hanya pemohon warganegara Malaysia layak memohon BOT.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BOT, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.