Promo 10.10 (2023): 10 Tawaran Makan & Minuman Paling Menarik

Jualan 10.10 kembali lagi. Pada tarikh ini, sudah tentu banyak jenama makanan dan minuman yang menawarkan promosi menarik untuk para pelanggan.

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok promo 10.10 paling menarik untuk anda nikmati bersama rakan dan keluarga

Promo 10.10 : 10 Tawaran Makanan & Minuman Paling Menarik 2023

1. Tealive

Sempena 10.10, Tealive menawarkan promosi selama 10 hari bermula 2 Oktober sehingga 11 Oktober. Setiap hari ada minuman berbeza yang boleh dibeli dengan diskaun khas sehingga 22%. 

Untuk nikmati diskaun, anda perlu masukkan kod promosi yang disediakan pada hari tersebut pada aplikasi Tealive.

Sebagai contoh untuk 6 Oktober, anda boleh dapatkan minuman Signature Coco pada harga  diskaun RM 6.85 (harga asal RM 7.90) dengan menggunakan kod “COCO10”.

Untuk ketahui promosi minuman terkini, anda perlulah ikuti laman media sosial Tealive di Facebook atau Instagram.

promo 10.10

2. Marrybrown

Restoran makanan segera Marrybrown juga tak ketinggalan untuk menawarkan promo 10.10 menarik buat semua pelanggan.

Jangan lupa untuk nikmati pelbagai hidangan pada harga RM 10.10 menerusi aplikasi MB bermula 10 Oktober sehingga 15 Oktober 2023.

4 jenis hidangan yang ditawarkan sempena promosi adalah :

  • 3 Mushroom Soup
  • 2 Cheesy Wedges
  • 2 Bubur Ayam MB
  • 2 Mashed Potato (L)
promo 10.10
promo 10.10
promo 10.10

3. The Manhattan Fish Market

Jangan ketinggalan untuk nikmati The Manhattan Fish ‘N Chips Dory pada harga RM 10.10 sahaja!

Promosi ini boleh didapati secara dine-in di semua cawangan The Manhattan Fish Market di Malaysia kecuali di AEON Station 8.

Bermula dari 11 pagi hingga 5 petang, The Manhattan Fish ‘N Chips Dory boleh dinikmati bermula 10 hingga 12 Oktober.

promo 10.10

4. Boost

Beli 1 minuman dan nikmati minuman terbaru dari Boost iaitu Berry Passion Lychee pada harga RM 10 sahaja pada 10 Oktober 2023.

Tawaran sah untuk pembelian mana-mana minuman Berry Passion Lychee (Blueberry Lychee Burst, Raspberry Lychee Burst, Tropical Lychee Fusion).

promo 10.10

5. Starbucks

Bermula 10 pagi hingga 10 malam, Starbucks menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena 10.10.

Dapatkan minuman Lemonade bersaiz grande pada harga RM 10 sahaja.

Selain itu, anda juga boleh buat pembelian merchandise Starbucks dengan potongan harga istimewa di Lazada dan Shopee.

promo 10.10
promo 10.10

6. Texas Chicken

Texas Chicken meraikan sambutan 10 Oktober dengan 5 tawaran menu menarik pada harga RM 10.10 sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya selama 4 hari bermula 9 Oktober sehingga 12 Oktober 2023.

5 jenis hidangan yang anda boleh dapatkan pada harga istimewa ini adalah :

  • 2 Classic Burger
  • Mexicana Wrap
  • 2 Tender Wraps
  • Mexicana Burger
  • 8 ketul nugget

7. Baskin-Robbins

Bermula 9 hingga 11 Oktober 2023, anda boleh nikmati potongan diskaun sebanyak RM 10 dengan pembelian minimum RM 25 sahaja.

Untuk tebus diskaun ini menggunakan dua kaedah iaitu :

i.Tebus di kaunter

Pergi ke mana-mana cawangan Baskin-Robbins dan buat perbelanjaan minimum sebanyak RM25. Ketika buat pembayaran, tunjukkan kupon menerusi aplikasi BR untuk menebus.

ii. B-R App Pickup

Pesan untuk pick-up dan masukkan kod promosi ketika anda ingin check-out dengan pembelian minimum RM 25.

8. Secret Recipe

Pelbagai tawaran menarik menanti anda di Secret Recipe sempena promosi 10.10.

Diskaun 15% Untuk Kek Chocolate Indulgence

Ada peminat kek Chocolate Indulgence di sini? Tebus e-voucher Lazada untuk nikmati diskaun 15%. Tawaran sah dari 10 hingga 12 Oktober 2023.

Beli 1 Percuma 1 Untuk Hidangan Utama Terpilih

Jangan ketinggalan untuk nikmati hidangan enak di Secret Recipe. Beli 1 percuma 1 untuk hidangan menu utama terpilih iaitu Spaghetti Meatballs (Chicken), Noodle in Tom Yum Soup dan Aglio Olio with Crispy Beef Strips.

Tawaran sah dari 10 hingga 12 Oktober 2023.

RM 15 Untuk Pastry dan Kopi Terpilih

Nikmati gabungan kopi dan pastri terpilih di Secret Recipe pada harga RM 15 sahaja. Tawaran sah dari 10 hingga 12 Oktober 2023.

Potongan RM 10 Untuk Whole Cake

Khas untuk ahli aplikasi Secret Recipe (SR), anda boleh dapatkan kek kegemaran (Whole Cake) anda dengan diskaun sebanyak RM 10.

Tuntut baucar secara online(e-voucher) dari 2 hingga 10 Oktober dan jangan lupa untuk membuat tebusan diskaun pada 10.10 nanti.

Nota :

  • Tawaran sah untuk pembelian secara dine-in atau bungkus sahaja.
  • Selain tawaran diskaun RM 10 untuk Whole Cake yang sah di semua cawangan kecuali AEON Mall Taiping, tawaran lain hanya sah di cawangan tertentu sahaja. Sila semak di pautan ini untuk semak cawangan yang terlibat dalam tawaran promosi.
  • Anda dinasihatkan untuk baca terma dan syarat untuk tebus diskaun.  
  • Untuk keterangan lanjut, sila ke laman Facebook rasmi Secret Recipe.

9. Coolbog

Dapatkan minuman terbaru dari Coolbog iaitu Hazelnut Milky pada harga RM 12 sahaja untuk 2. Untuk nikmati diskaun ini, anda perlu dapatkan e-voucher di Lazada.

10. Old Town White Coffee

Dapatkan e-voucher Old Town White Coffee dengan potongan harga sehingga 34% di Lazada. Promosi bermula dari 10 hingga 12 Oktober 2023.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda nikmati promo 10.10 dengan lebih berbaloi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, sila layari laman media sosial bagi setiap jenama.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!