Super App AirAsia | Check In Melalui Website Sudah Tidak Tersedia, Anda Perlu Guna Apps Ini

Super App AirAsia | Check In Melalui Website Sudah Tidak Tersedia, Anda Perlu Guna Apps Ini ~ Tahukah anda, sekiranya anda telah menempah tiket penerbangan Air Asia, anda perlu memuat turun satu aplikasi khas untuk check in kerana, sistem check in melalui website Air Asia tidak lagi tersedia. 

Super App AirAsia

Air Asia kini telah memperkenalkan Super App untuk memudahkan pelanggan dalam mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuklah daftar masuk kendiri (self check-in).

Super App adalah sebuah aplikasi yang diperkenalkan oleh Air Asia dan anda diwajibkan daftar masuk kendiri melalui aplikasi ini bagi meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

Anda dikehendaki untuk memuat turun dan install aplikasi ini terlebih dahulu melalui; 

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS

NOTA PENTING: Untuk kebanyakan penerbangan, pastikan daftar masuk kendiri (self check-in) bagi penerbangan AirAsia dalam tempoh masa 14 hari sebelum berlepas dan ditutup 1 jam sebelum berlepas.

Super App AirAsia

Dokumen Diperlukan

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut berdasarkan beberapa faktor seperti yang ditetapkan oleh destinasi/negara yang dituju untuk dimuat naik semasa daftar masuk:

  • Sijil ujian negatif dengan tempoh sah 72 jam (atau sebagaimana yang ditetapkan) dari tarikh sampel yang diberikan kepada klinik atau makmal
  • Sijil/dokumen yang sepadan dengan nama tetamu
  • Jenis ujian yang dilakukan dan keputusannya
  • Keaslian sijil/dokumen dan sama ada ianya dari klinik atau hospital yang diakreditasi

Cara Guna Super App AirAsia

Berikut adalah merupakan cara guna daftar masuk kendiri Super App mengikut kategori:

  1. Penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK):
  • Klik airasia Super App dan masukkan maklumat tempahan anda untuk mendaftar masuk.
  • Pilih tetamu yang ingin mendaftar masuk.
  • Tandakan Deklarasi COVID-19 untuk meneruskan proses daftar masuk kendiri.
  • Anda akan menerima pas masuk elektronik (e-Boarding Pass) dan kod QR yang boleh digunakan untuk mencetak tag bagasi di kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang (tersedia di lapangan terbang terpilih).
  1. Penerbangan AirAsia yang lain (QZ, FD dan Z2):
  • Klik airasia Super App dan masukkan maklumat tempahan anda untuk mendaftar masuk.
  • Pilih tetamu yang ingin mendaftar masuk.
  • Pilih untuk mengesahkan dokumen perjalanan yang diperlukan:
  • Imbas/Muat naik Dokumen: Imbas atau muat naik sijil ujian Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi anda melalui kamera di peranti anda. Pastikan nama pada sijil ujian anda sama dengan maklumat tempahan anda.
  • Sahkan status melalui pasport: Sahkan sijil ujian PCR Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi dengan nombor pasport. Untuk para tetamu yang telah mendaftar dengan aplikasi Peduli Lindungi (Indonesia) dan VaxCertPH (Filipina).
  • Klik “Continue” setelah dokumen anda disahkan.
  • Tandakan Deklarasi COVID-19 untuk meneruskan proses daftar masuk kendiri.
  • Anda akan menerima pas masuk elektronik

NOTA: Jika pengesahan tidak berjaya, sila ke kaunter daftar masuk di lapangan terbang pada hari perlepasan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.airasia.com/aa/appdownload/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!