BKM: Semakan Status Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)

BKM: Semakan Status Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)  ~ Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan telah mengumumkan beberapa bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan antaranya ialah, Bantuan Keluarga Malaysia 2022. Sejak diumumkan tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti info lanjut mengenai bantuan BKM ini. 

Mari teruskan membaca. 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban keluarga B40 yang terjejas pasca COVID19. Untuk makluman, tarikh akhir permohonan dan kemaskini bantuan ini telah berakhir pada 31 Januari 2022 yang lalu.

Manakala, bayaran pertama (Fasa 1) dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.

Cara Membuat Semakan Status 

  1. Untuk membuat semakan status, sila log masuk portal MyBKM dipautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my 
  1. Kemudian, klik LOG MASUK.  
  1. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan , dan klik SEMAK. 
  1. Jika kunci keselamatan anda yang dipaparkan betul, klik YA. 
  1. Masukkan kata laluan anda. 
  1. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM), klik SEMAKAN STATUS. 
  1. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini. Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  1. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.

NOTA:

  • Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
  • Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
  • Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
  • Klik “TERLUPA KATA LALUAN” sekiranya anda terlupa kata laluan yang didaftarkan, dan ikuti langkah seterusnya yang dipaparkan. 

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Sila rujuk jadual berikut:

BKM
Fasa 1 : Mac 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang
Fasa 2: Jun 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3 : September 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang
Fasa 4 : Disember 2022Isi rumahWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Buat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak LHDN.

NOTA: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

  • Berjaya Kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:

Maklumat lanjut layari portal rasmi BKM.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!