Bantuan Selangor Bangkit (RM1000), Khas Untuk Mangsa Banjir

Bantuan Selangor Bangkit (RM1000), Khas Untuk Mangsa Banjir ~ Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini teah mengakibatkan kerugian besar kepada semua mangsa yang terjejas. 

Berikutan itu, Kerajaan Selangor akan memberikan bantuan sebanyak RM1,000 menerusi inisiatif Selangor Bangkit. Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 9,000 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Bantuan Selangor Bangkit Sebanyak RM1000/keluarga

Bantuan Selangor Bangkit ini akan diberikan secara berperingkat kepada semua penduduk Selangor yang terjejas banjir. 

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian secara berperingkat itu akan dimulakan dengan kategori pertama iaitu mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam di bawah kendalian kerajaan negeri dan Persekutuan.

Dan, kemudian disusuli kategori kedua iaitu mereka yang berpindah di PPS kendalian pihak swasta dan persendirian.

Bagi mereka yang tinggal di PPS awam dan swasta, anda tidak perlu melakukan pendaftaran semula. Hal ini kerana, nama dan no kad pengenalan anda telah didaftarkan. 

Manakala bagi kategori ketiga pula, iaitu mereka yang tidak berpindah, kerajaan negeri akan mewujudkan pusat sehenti dan menggerakkan Pertubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) untuk pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan nama mangsa bermula 3 Januari depan.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti ahli keluarga yang meninggal dunia disebabkan banjir untuk mengagihkan bantuan RM10,000 menerusi inisiatif sama.

Lokasi Pendaftaran dan Jenis Pendaftaran

i) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi

  • Dilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12)
  • Menggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPS
  • Tidak perlu sediakan dokumen tambahan

ii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah

  • Khusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing

iii) Rumah ke Rumah

  • Bermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2022
  • Lokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & Tanah
  • Dibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung.
  • Pasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE

iv) Dalam Talian (Online)

  • Hotline dan laman web rasmi akan diumumkan
  • Bermula pertengahan Januari 2022

NOTA: 

  • Dokumen yang diperlukan (Untuk Mereka Yang Tidak Berpindah Ke PPS Sahaja).
  • Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC).
  • Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
  • TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui info lanjut, sila dapatkan info dan borang permohonan bantuan di MPKK atau Pejabat Parlimen di tempat anda.

Sumber: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!