Pakej Rahmah Allo 2023 – Harga, Pakej & Cara Langgan
RM69 Pakej Rahmah Allo untuk 100Mbps tersedia mulai 28 Julai 2023. Insiatif tersebut telah di rasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Dengan pelancaran Pakej Rahmah Allo ini, harga internet yang ditawarkan adalah RM69 sebulan untuk 100 Mbps, berbanding pakej internet Allo biasa yang hanya menawarkan 30 Mbps, untuk harga yang sama.
Menurut Fahmi Fadzil lagi, bagi 3% kawasan yang masih tidak mempunyai akses internet, Kementerian Komunikasi dan Digital akan usahakan pemasangan unit Starlink dan perkhidmatan internet lain.
Apa Itu Pakej Rahmah Allo
Ianya merupakan pelan internet kos rendah yang ditawarkan oleh Allo Technology Sdn. Bhd.,anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pelan ini tersedia untuk kumpulan orang berikut:
- Isi rumah B40
- Belia
- Orang kelainan upaya (OKU)
- Warga emas
- Veteran
- Pesara pegawai polis
- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sudah bersara
- Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA)
Dengan menawarkan kelajuan internet 100Mbps dengan data tanpa had pada harga RM69 sebulan. Ini adalah RM30 lebih murah daripada pelan Allo biasa, dan ia adalah pelan internet 100Mbps kos terendah di Malaysia.
Pelan ini tertakluk kepada kontrak 24 bulan. .
Baca juga : Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Wifi Rumah
Liputan Pakej Rahmah Allo
Pakej Rahmah Allo hanya tersedia di semua kawasan liputan Allo di seluruh negara. Ia boleh didapati di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Cyberjaya
Anda boleh menyemak liputan Allo melalui pautan berikut https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/
Syarat Kelayakan
Pakej Rahmah Allo layak untuk semua rakyat Malaysia, yang dikategorikan seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia 60 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warganegara Malaysia di bawah kategori B40
- Tentera Veteran, Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Semua pelanggan baharu dan sedia ada dalam kategori di atas layak untuk melanggan. Walau bagaimanapun, setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk 1 langganan sahaja.
Dokumen di Perlukan
Untuk melanggan, hanya perlu mengemukakan dokumen berikut mengikut kategori kelayakan ;
Kategori | Syarat Dokumen |
---|---|
B40 | MyKad sah kategori B40 |
Warga Emas | MyKad sah, usia 60 tahun ke atas |
OKU | Kad OKU sah dan MyKad sah |
Veteran | Polis Sah atau ID pesara Tentera dan MyKad |
Cara Langgan Pakej Rahmah Allo
Terdapat 3 cara untuk anda boleh melanggan. Iaitu melalui saluran jualan seperti di bawah:
- Dalam talian : layari di sini https://www.citybroadband.my/residential/, atau
- Kedai Tenaga terdekat: kunjungi sini https://www.tnb.com.my/contact-us/kedai-tenaga atau
- Anda boleh menghantar e-mel kepada [email protected] atau hubungi 1300-38-8000
Untuk melanggan Pakej Rahmah Allo, menerusi laman web atau aplikasi Allo, anda boleh ikut langkah-langkah yang berikut ;
- Pergi ke tapak web atau apl Allo.
- Klik pada “Pakej Rahmah”.
- Masukkan butiran anda, termasuk nama, alamat dan maklumat hubungan anda.
- Pilih kaedah pembayaran anda.
- Hantar permohonan anda.
- Wakil daripada Allo akan menghubungi anda untuk mengesahkan langganan anda. Perkhidmatan internet akan diaktifkan dalam masa 7 hari bekerja.
Bagi permohonan yang tidak layak disebabkan gagal kelayakan B40, anda boleh membuat rayuan kelayakan.
Cara Rayuan Kelayakan B40
Anda boleh mengikuti proses “rayuan kelayakan B40” di bawah dengan mengimbas kod QR di bawah. Sukacita dimaklumkan, penyerahan akan diproses oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKD) peribadi.
Setelah permohonan anda berjaya, anda boleh menyerahkan semula permohonan jalur lebar anda kepada Allo untuk langganan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pakej Rahmah Allo, anda boleh layari https://www.citybroadband.my/ atau menghubungi talian 1300-38-8000 atau e-mel ke [email protected]