Harga Beras Terkini 2023 di Malaysia 1kg, 5kg, 10kg

Tahukah anda, harga beras terkini 2023 Malaysia masih kekal pada harga RM2.60/ 1kg di peringkat pengguna walaupun permintaan beras naik mendadak ketika ini. Ini adalah harga beras terkini bagi Beras Super Spesial Tempatan (SST).

Manakala harga beras import me­ningkat antara RM5 dan RM6 sekampit. Pada masa ini, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram.

Faktor Harga Beras Naik

Peningkatan harga beras yang berlaku di pasaran bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum sesuatu harga diletakkan.

Jadi pengguna bijak, ambil tahu untuk perkasakan hak kita sebagai pengguna. Mulakan sekarang teliti dahulu sebelum lakukan sebarang persoalan.

harga beras naik

Kerajaan sentiasa memahami serta prihatin akan nasib pengguna yang tidak mendapat keadilan semasa urusan jual beli. Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang.

Satu pemantauan khas harga beras akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 september 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).

harga beras malaysia

Beras Import Yang Naik Harga Sebenarnya

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, harga beras tempatan negara masih ikut standard. Dan harga ini kekal sejak tahun 2008 lagi. Bukan itu sahaja, malah ianya yang terendah di rantau ini.

Dan beras import yang mengalami kenaikan harga itu, bukan semata-mata untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum harga itu dinaikkan.

Perbezaan Beras Import vs Beras Tempatan

Apa Bezanya Beras Import Dan Tempatan?

Beras yang diimport ke dalam negara perlu melalui proses sebelum dibeli oleh pengguna. Dan setiap proses yang berlaku memerlukan kos sebelum selamat dibekalkan.

Berbeza seperti beras tempatan, dimana bekalan boleh didapatkan terus daripada pembekal. Semakin sedikit proses yang berlaku, maka harga yang diletakkan juga semakin berpatutan.

Tahukah anda bagaimana mengenalpasti beras import dan beras tempatan? Sila rujuk infografik di bawah:

Sumber infografik : Facebook Gang Utara, via KOTA KUALA MUDA, KEDAH

Harga Beras Terkini 2023 Malaysia

Berikut adalah harga beras terkini di Malaysia mengikut daerah dan juga gred beras

Ruang 1Ruang 2BAHAGIAN I
Ruang 3
(BAHAGIAN   II)
     Ruang 3
No. ButiranGred BerasPunca UtamaJualan Borong Berat Bersih 100kgJualan Runcit Berat Bersih   1kg
(i)   (ii)(iii)  (iv)      (v)      (vi)(i)  (ii)(iii)(iv)(v)(vi)
1Standard85.3189.7791.8993.12  94.74 96.47   96.470.98 0.991.011.031.041.04
2Premium92.5196.8798.90100.22 101.95 103.57 103.571.041.061.071.091.111.11
3a.Super TempatanTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimum1.651.701.751.751.80
3b.Super (import)Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimumTiada kawalan harga atas   harga maksimum
3c.Super 15Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimum1.80
4RebusTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimumTiada kawalan harga atas   harga maksimum
5PulutTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimumTiada kawalan harga atas   harga maksimum
6HancurTiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimumTiada kawalan harga atas   harga maksimum
7Super Spesial Tempatan 5Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimum2.60 2.602.602.602.602.60
8Super Spesial Tempatan 10Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimum2.40 2.402.402.402.402.40
9Super Spesial 5Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimum–         2.60
10Super Spesial 10Tiada Kawalan hargaTiada kawalan harga atas   harga maksimum–         2.40

Harga -harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit

  • Subruang (i) – Negeri Kedah dan Perlis, daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dalam Pulau Pinang, daerah
  • Krian dalam Negeri Perak, daerah K. Selangor dan Sabak Bernam dalam Negeri Selangor dan Negeri Kelantan, dikecualikan daripada
  • daerah Gua Musang
  • Subruang (ii) – Negeri Terengganu, Pulau Pinang dan Perak, dikecualikan daripada Negeri-negeri itu daerah yang dimasukkan dalam Wilayah yang
  • disebutkan dalam subruang (i)
  • Subruang (iii) – Wilayah Persekutuan, dan Negeri Selangor, dikecualikan daripadanya daerah K. Selangor dan Sabak Bernam
  • Subruang (iv) – Negeri Sembilan dan Melaka
  • Subruang (v) – Negeri Johor, Negeri Pahang dan Daerah Gua Musang dalam Negeri Kelantan
  • Subruang (vi) – Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kuching, Bintulu, Sibu dan Wilayah Persekutuan Labuan

Baca juga : Harga Minyak Masak Terkini

Akta Kawalan Harga Beras

harga beras terkini malaysia

Bagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5), peniaga tidak boleh menaikan harga sewang-wenangnya. Ini kerana harga kawalan maksimum beras putih tempatan termaktud di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

harga beras terkini 2023

Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh Kerajaan.

Lapor Ketidak Patuhan Harga Beras Terkini

Sekiranya anda mendapati peruncit meletakkan harga yang tidak sepatutnya, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengesa orang ramai untuk melaporkan perkara tersebut.

Orang ramai diminta menghantar sebarang maklumat mengenai bekalan atau penipuan yang berlaku ke alamat emel [email protected] atau melalui talian 03-88701751/1748/1183

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan harg beras terkini Malaysia, anda juga boleh melayari website Bahagian Pembangunan Industri Padi,
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di pautan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!