Pengambilan TLDM 2023: Cara Memohon & Semakan Keputusan

Pengambilan TLDM 2023: Cara Memohon & Semakan Keputusan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini sedang membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 secara walk-in.

Calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pemilihan pengambilan kali ini terbuka kepada belia lelaki yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pengambilan TLDM 2023 dengan lebih lanjut.

Pengambilan TLDM Siri 227/24

Syarat kelayakan asas adalah seperti berikut:

  1. Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  2. Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 11 Disember 2023.
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki
  4. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki
  5. Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

  1. SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  3. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Diploma in Engineering
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Software Engineering
    • Diploma in Microelectronic Engineering
    • Diploma in Information Engineering
    • Diploma in Telecommunication Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
    • Advanced Diploma in Engineering
pengambilan tldm

Lokasi & tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh bagi pemilihan awal perajurit muda TLDM Siri 227/24.

Zon Utara

  • 24 & 25 Oktober 2023 (Selasa & Rabu) – Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah
  • 27 Oktober 2023 (Jumaat) – Rejimen 503, Askar Wataniah, Perak

Zon Pantai Timur

  • 24 & 25 Oktober 2023 (Selasa & Rabu) – MSS Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan

Zon Selatan

  • 27 Oktober 2023 (Jumaat) – MPPS Sg Lunchoo, Johor

Zon Tengah

  • 29 & 30 Oktober 2023 ((Ahad & Isnin) – KD Sri Gombak, Kuala Lumpur

Zon Sarawak

  • 19 Disember 2023 (Selasa) – RASCOM Sibu, Sarawak
  • 21 & 22 Disember 2023 (Khamis & Jumaat) – RNO Kuching, Sarawak

Zon Sabah

  • 19 Disember 2023 (Selasa) – KD Sri Sandakan, Sabah
  • 21 & 22 Disember 2023 (Khamis & Jumaat) – KD Sri Kota Kinabalu, Sabah
  • 27 Disember 2023 )Rabu) – KD Sri Tawau

Cara untuk memohon

Untuk memohon pengambilan ini, anda diminta untuk hadir ke lokasi mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Anda juga perlu berpakaian lengkap berpandukan waktu yang ditetapkan di bawah ini:

  • Waktu pendaftaran : 0800H hingga 0830H
  • Waktu pemilihan : 0830H hingga 1700H
  • Pakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan

Pemohon juga perlu membawa bersama sijil dan dokumen asal seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat
  2. Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat
  4. Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa dan 1 salinan fotostat
  5. Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat

Sekiranya anda berjaya dalam sesi tapisan pengambilan, anda akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.

Borang permohonan ini perlu dilengkapkan dalam masa 3 hari sahaja bermula dari tarikh borang diterima.

Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan Julai 2023.

Gaji / Elaun / Keistimewaan TLDM

1. Gaji permulaan:

GajiJumlah
Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM1,774.00
Diperjawatkan (kelulusan):

SPM atau SVM

SPM dan SKM Tahap 2

SPM dan SVM Tahap 3

Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)


RM1,879.00

RM1,945.00

RM2,011.02

RM2,341.07

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

2. Kenaikan Tahunan

Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat

3. Bayaran Elaun dan Insentif 

Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan

*Tertakluk kepada syarat dan kelayakan

4. Keistimewaan

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waren perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Cara membuat semakan permohonan TLDM

Untuk membuat semakan permohonan TLDM ini, anda boleh layari laman web TLDM:  http://www.navy.mil.my 

Kemudian, masuk ke puatan  Perkhidmatan / Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/.

Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh tanyakan lanjut dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke [email protected].

*Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengambilan TLDM 2023 ini, anda boleh layari laman rasmi mereka:

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain dan lebih menarik seperti:

Sumber:

  1. Tentera Laut Diraja Malaysia. Facebook TLDM
  2. Tentera Laut Diraja Malaysia. Navy.mil
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!