Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19 (285 Kekosongan)

Sukacita dimaklumkan, pihak JPA dan KKM menawarkan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19. Sebanyak 285 kekosongan untuk menjawat jawatan ini di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keksongan ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan bagi kawasan semenanjung. Syarat kelayakan kelulusan minimum SPM atau SKM. Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 21 Ogos 2022 (Ahad).

Maklumat lanjut berkaitan kekosongan ini, kami kongsikan seperti berikut

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19 JPA & KKM

jawatan kosong pembantu tadbir kewangan w19 2022

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan

JADUAL GAJI

  • Gaji Minimum : RM1,353.00
  • Gaji Maksimum : RM4,005.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Kelayakan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)

Bidang SKM

Bidang SKM Tahap 3 : Pengurusan Bisnes Perakaunan, Pengauditan dan percukaian

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tugas -Tugas Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Seorang pembantu tadbir (kewangan) gred W19 adalah bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan ;

  • Kawalan belanjawan
  • Kewangan am
  • Terimaan
  • Perolehan kerajaan
  • Bayaran emolumen
  • Pembayaran
  • Akaun
  • Pelaburan dan
  • Pinjaman

Cara Permohonan

  • Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan https://spa9.spa.gov.my
  • Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan pada 21 Ogos 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19, anda boleh layari Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan https://spa9.spa.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!