Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0) – Daftar & Semak Status

PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA (RTK) 2.0 TAHUN 2023

Pada 10 januari lalu mesyuarat khas pengurusan pekerja asing yang di pengerusikan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk melaksanakan semula program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 selain mewujudkan pelan kelonggaran pengajian pekerja asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing

Menteri Dalam Negeri, Dato Saifuddin Nasution Bin Ismail berkata, RTK 1.0 yang tamat pada disember tahun lalu diteruskan selama setahun lagi kerana ia mampu memberi peluang tenaga kerja asing sedia ada dalam negara.

Program itu diwujudkan semula menjadikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing sah dan digajikan majikan yang layak mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan khususnya 3D, iaitu kotor, bau dan bahaya yang sukar terisi.

Apa itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023?

Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0 2023

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syaratsyarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Baca juga : Perintah Pelaksanaan Gaji Minimum 2023 Malaysia

Tempoh Pelaksanaan

Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0

Menurut Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim, kelonggaran dalam program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang bermula 27 Januari lalu terpaksa dilakukan buat sementara waktu bagi atasi kekurangan tenaga kerja yang mendesak dalam sektor seperti perladangan dan perkhidmatan

Sehubungan itu bagi majikan yang kekurangan pekerja asing disarankan untuk mengambil peluang ini sebelum tamat tempoh pelaksaan.

Tarikh permohonan boleh dibuat ;

  • Tarikh mula : 27 Januari 2023
  • Tarikh tamat : 31 Disember 2023

Syarat Permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023

Kelayan Majikan

  • Hanya majikan daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan, Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan (warganegara Nepal (lelaki), Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Perkhidmatan; 
  • Sub Sektor Perkhidmatan seperti – Restoran, Pembersihan & Pencucian, Borong & Runcit, Pengendalian Kargo, SPA, Premis Kesejahteraan dan Urutan, Kedi (Lelaki), Hotel, Resort di Pulau Peranginan, Dobi, Logam/Barang Lusuh dan Gudang Darat; 
  • Sektor Beku (Tidak Dibenarkan) – Perniagaan Tekstil, Tukang Emas, Tukang Gunting Rambut, Rumah Kebajikan dan Kitar Semula
  • Tertakluk kepada kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Pengawal Keselamatan); 
  • Pematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada seperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya; DAN
  •  Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;

Kelayakan PATI

Terbuka kepada warga asing seperti berikut: 

  • i. Hanya 15 negara sumber SAHAJA (Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan); 
  • PATI yang telah melakukan kesalahan sebelum atau pada 31 Disember 2022 seperti dibawah: 
    • Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/6; 
    • Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63; Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah PeraturanPeraturan Imigresen, 1963; 
    • PATI Program 6P dan Rehiring yang telah tinggal lebih masa; 
  • PATI yang mempunyai dokumen perjalanan (Pasport) negara asal yang masih sah laku melebihi 18  bulan;
  • Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam; 
  • Kelayakan umur adalah 18 ke atas tertakluk kepada saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) (Fit To Work);
  •  Syarat Penggajian RTK 2.0 tidak melebihi 5 (lima) tahun tertakluk kepada Dasar Penggajian semasa sehingga tahun ke-13 bagi lainlain sektor; 
  • Pekerja yang telah mencukupi tempoh bekerja perlu dihantar pulang melalui Memo Periksa Keluar (C.O.M) ke negara asal;

Baca juga : Hari Pekerja 2023

Kos Bayaran

Bagi permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0, bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut ;

  • TIADA wang cagaran dikenakan
  • Fi rekalibrasi RM 1,500.00 (seorang)
  • Levi
        i. sektor Perkilangan, Pembinaan, Perlombongan &
         Pengkuarian, Pengawal Keselamatan dan Perkhidmatan
        RM 1,850.00
        ii. sektor Perladangan dan Pertanian RM 640.00
  • Pas RM60.00
  • Proses RM125.00, dan
  • Visa (mengikut warganegara)

Permohonan / Proses Kerja Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023

  1. Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Jabatan Imigresen (JIM) https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main (Majikan daftarkan maklumat PATI secara online)
  2. Penetapan tarikh temujanji (STO)
  3. Majikan hadir bersama PATI
  4. Proses verifikasi
  5. Sekiranya lulus, kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan dikeluarkan
  6. Pemeriksaan kesihatan FOMEMA dijalankan
  7. Sekiranya lulus, majikan perlu membayar di rekalibrasi Visa, PLKS, pemprosesan dan levi.
  8. Setelah mendapat kelulusan muktamad, majikan boleh mencetak PLKS.

Perhatian

Majikan yang telah selesai proses Verifikasi di Bahagian Penguatkuasa perlu hadir ke Bahagian Pekerja Asing bersama surat kelulusan dan keputusan pemeriksaan FOMEMA (FIT To Work) bagi urusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Sila rujuk kepada Syarat dan Kriteria Asas bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 sebelum membuat pendaftaran di Portal RTK 2.0. Sekiranya berlaku kesilapan semasa pendaftaran dalam Portal RTK 2.0, ianya adalah menjadi tanggungjawab majikan.

Majikan dinasihatkan agar tidak cuba memperolehi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja secara memberi kenyataan palsu, Permohonan akan DIBATALKAN dan tindakan MAHKAMAH akan ambil dibawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

Majikan perlu hadir bersama – sama dokumen yang dinyatakan di dalam senarai semak di atas.

Cara Login Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0

Untuk tujuan log masuk bagi tujuan semakan atau kemaskini permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 ini, majikan akan dikehendaki untuk memasukan No. Dokumen Syarikat/Individu (ROC/MYKAD) dan juga nombor PIN seperti yang telah di daftarkan dan tekan butang biru “SAHKAN”.

Sekiranya anda terlupa nombor pin keselamatan untuk login, anda boleh klik pada tulisan berwarna merah “Lupa Nombor Pin Keselamatan”

Semakan Status Permohonan RTK 2.0

rekalibrasi tenaga kerja 2.0 semakan status

Untuk semakan status permohonan rekalibrasi tenaga kerja 2.0, semakan boleh dibuat secara online dengan cara ;

  1. Layari portal, https://imigresen-online.imi.gov.my
  2. Klik pada bahagian “Semakan Status Pendaftaran / Kemaskini Permohonan”.
  3. Masukkan nombor dokumen syarikat/ individu dan nombor pin yang sah.
  4. Kemudian klik pada butang “Sahkan”.
  5. Keputusan status permohonan pendaftaran/kemaskini RTK 2.0 akan dipaparkan

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh tutup permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0?

31 Disember 2023

Check Status Program Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0

Semakan boleh dibuat secara online layari portal, https://imigresen-online.imi.gov.my

Adakah terdapat sektor tertentu yang menghadkan pekerja asing daripada negara sumber untuk menyertai Program ini? 

o Pekerja Lelaki dari negara Filipina dibenarkan untuk bekerja di semua sektor dan pekerja wanita hanya untuk pembantu rumah sahaja; 
o Pekerja dari negara Nepal dibenarkan bekerja untuk semua sektor termasuk sektor Kawalan Keselamatan (sebagai Pengawal Keselamatan). 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) 2023, sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia menerusi Sistem Pertanyaan Online (SPO) 
https://eapp.imi.gov.my atau menerusi laman sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!