Kemasukan Ke Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia Sesi 2022/2023

Kemasukan Ke Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia Sesi 2022/2023 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 ke Program Asrama Malaysia (AMal) tahun 2022/2023 kini dibuka.

Permohonan ini dibuka khusus untuk semua pelajar Tingkatan 1 2022/2023 yang berbangsa Cina, India serta etnik lain dari seluruh negara.

Program Asrama Malaysia (AMal) merupakan inisatif yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama.

Ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dan pemahaman bagi budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Baca Juga : Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi Program AMal adalah pada 16 Februari 2022.

Dasar Pengambilan Murid Amal

Dasar pengambilan murid bagi Program Asrama Malaysia (Amal) adalah seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada semua kaum dan etnik di Malaysia
  • Permohonan terbuka kepada murid Tahun 6 pada tahun 2021 di SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara.
  • Jawatankuasa Pemilihan Murid Amal Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan murid Amal.

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang digariskan seperti berikut :

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua kaum
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah atau sederhana.
  • Sekiranya murid Amal keluar dari Program Asrama Malaysia, pihak sekolah berhak mengambil tindakan mengeluarkan murid tersebut daripada sekolah Amal sekuranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program Amal KPM.

Dokumen Yang Diperlukan

Setiap pemohon perlulah kemukakan bersama satu salinan dokumen yang disahkan seperti berikut :

  • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon dan ibu bapa
  • Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2020 dan 2021 bagi permohonan ke Tingkatan 1
  • Sijil-sijil Akademik, kokurikulum dan sijil-sijil lain
  • Slip gaji/Penyata Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga atau pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah/ Ketua Kampung / Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
  • Dokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan)
  • Dokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan)

Sekolah Yang Terlibat dalam Program AMal 2022

Sekolah yang terlibat dalam Program Amal adalah seperti berikut :

SMK Victoria, Kuala Lumpur (Lelaki Sahaja)

SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor (Perempuan Sahaja)

Maktab Sabah, Kota Kinabalu (Lelaki & Perempuan)

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (Lelaki & Perempuan)

Pemohon boleh ke pautan di bawah untuk lihat butiran mengenai setiap sekolah di atas :

Program Asrama Malaysia (AMal)

program asrama malaysia

Proses Permohonan

Pemohon bolehlah ikuti prosedur permohonan seperti berikut :

  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Program Asrama Malaysia KPM dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dan telah disahkan.
  • Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Amal.
  • Permohonan bagi murid Semenanjung untuk mengikuti Program AMal di Sabah dan Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid ke Sabah dan Sarawak adalah tanggungan sendiri.
  • Pemohon perlulah memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.
  • Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada AMal pilihan pertama sahaja.

Pemohon boleh dapatkan borang Permohonan melalui pautan di bawah :

Borang Permohonan Program Asrama Malaysia KPM 2022/2023

Proses Penempatan dan Rayuan

Semua permohonan ke AMal yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran Asrama Malaysia.

Semua pemohon yang berjaya perlu mengesahkan penerimaan kemasukan ke Amal dengan menghubungi sekolah yang ditawarkan seperti dalam surat tawaran.

Pemohon yang berjaya wajib melapor diri ke Amal yang ditetapkan pada tarikh yang dinyatakan pada surat tawaran. Pemohon yang gagal melapor diri pada tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan tawaran penempatan ke sekolah yang dipilih.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!