Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Pahang Sehingga RM5000*

Sukacita di maklumkan permohonan Zakat4Pengajian Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP untuk pemastautin negeri Pahang dibuka sepanjang tahun. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Zakat4Pengajian menawarkan bantuan secara one off kepada anak-anak kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran dari peringkat asasi/matrikulasi sehingga ke peringkat PhD.

Kadar bantuan berjumlah RM500 sehingga RM5000 diberikan mengikut taraf pengajian. Permohonan boleh dibuat secara online.

Apa Itu Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

Bantuan ini diberikan sekali sahaja kepada anak-anak kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Sarjana Muda Pengajian Islam sepenuh masa atau Sarjana Muda tidak sepenuh masa/PJJ semua bidang pengajian atau Sarjana/PhD semua bidang pengajian secara sepenuh masa/tidak sepenuh masa atau di luar negara

Tempoh Permohonan

Permohonan ini adalah dibuka sepanjang tahun

Syarat Permohonan Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

  • Beragama islam
  • Permohonan adalah pemastautin negeri pahang
  • Permohonan adalah dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada ipt
  • Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian
  • Perlu mengemukakan slip bayaran pendaftararan/sebarang bukti pendaftaran ke IPT

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diperuntukan oleh MUIP untuk setiap pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah mengikut peringkat pengajian dan pemberian ini hanya akan diberikan sekali sahaja seperti berikut ;

Peringkat PengajianBidang PengajianJumlah Bantuan
Sijil Asasi /Matrikulasi (Sepenuh Masa)Semua BidangRM500
Diploma (Sepenuh Masa)Semua BidangRM700
Ijazah Sarjana Muda (PJJ)Semua BidangRM1500  
Ijazah Sarjana (Master)Semua BidangRM1500
PHDSelain Pengajian IslamRM3000
PHDPengajian IslamRM5000

Cara Permohonan

PERINGATAN KEPADA PEMOHON

Pemohon diingatkan agar dapat memasukkan nombor AKAUN BANK yang AKTIF bagi memudahkan pihak pentadbiran Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang untuk membuat bayaran jika permohonan anda telah diluluskan.

Pemohon diingatkan agar dapat memberikan nombor TELEFON BIMBIT AKTIF ketika melengkapkan permohonan bagi tujuan memudahkan pihak Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang menyebarkan sebarang makluman berkenaan permohonan anda.

Sebelum permohonan dibuat, anda diingatkan agar membaca dan memahami syarat-syarat kelayakan serta tindakan yang perlu.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP, anda boleh layari website http://www.muip.gov.my atau menghubungi nombor telefon MUIP bahagian Dermasiswa Pelajaran/Tambang Belajar/Bantuan Awal Ke IPT, No.Tel : 09 – 422 1311 ext. 1002 /ext 1003 /ext 1016

Baca juga : Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!