Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) Mulai Julai 2023

Terkini Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) 2023 akan dibuat mulai Julai -Disember 2023. Kerajaan bersetuju untuk pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal

Keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah dibuat baru-baru ini berkaitan pembatalan penyelarasan pencen dua peratus kepada pesara. Mengikut Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Apa Itu Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP)

Pemberian Khas Kepada Pesara pkkp 2023

PKKP yang diumumkan kerajaan membawa maksud bahawa bayaran kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus yang dinikmati sebelum ini dikekalkan.

Ianya juga dibuat susulan kepada keputusan mahkamah yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

Pengarah Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, berkata PKKP adalah satu bentuk pembayaran khas disebabkan perbezaan amaun pencen semasa dengan pencen asal susulan keputusan dibuat mahkamah itu

Tarikh Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP)

Kerajaan telah memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan dibayar dengan mengguna pakai amaun pencen asal dan ditambah dengan bantuan khas PKKP bagi Julai hingga Disember 2023 ini.

Baca juga : Tarikh & Jadual Bayaran Pencen 2023 Untuk Pesara Kerajaan

Jumlah Amaun PKKP 2023

bayaran Pemberian Khas Kepada Pesara pkkp

Pegawai awam yang bersara sebelum 2013, maka bayaran pencennya dikembalikan kepada amaun pencen asal pada Disember 2012.

Bagi pegawai awam yang bersara mulai tahun ini pula, bayaran pencennya dikembalikan kepada amaun pencen semasa bersara

“Sebagai contoh, jika amaun pencen asal pesara pada Disember 2012 sebanyak RM1,413.49, namun dengan (pemberian) PKKP sebanyak RM343.94, pesara itu akan menerima RM1,757.43, iaitu jumlah sama diterima pada Jun 2023,” katanya kepada media sambil menambah kerajaan akur dengan keputusan dibuat mahkamah itu

Tidak Perlu Buat Bayaran Balik

Pesara yang telah menerima kenaikan 2 peratus sebelum ini, tidak perlu untuk membuat pembayaran balik, berdasarkan keputusan yang telah di buat oleh pihak mahkamah terhadap rayuan kerajaan sebelum ini

Berita baik ini disampaikan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah, menolak rayuan kerajaan untuk membatalkan keputusan itu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bayaran Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) 2023, anda boleh rujuk pautan berikut https://www.jpa.gov.my/soalan-lazim-sm/pencen/pelarasan-pencen

Soalan Lazim F.A.Q

Apakah itu Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP)?

Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) ialah bayaran kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus yang dinikmati sebelum ini dikekalkan

Siapakah yang layak untuk menerima PKKP?

Pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan

Pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara

Bagaimana jadual pembayaran PKKP kepada pesara?

Bayaran akan dibuat mulai Julai – Disember 2023

Adakah PKKP akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang?

Belum diputuskan lagi.  Kajian akan dilaksanakan bersekali dengan cadangan semakan semula sistem saraan perkhidmatan awam bersama dengan Kementerian Kewangan, untuk melihat kesan kepada pesara

Bagaimana pengiraan jumlah PKKP bagi pesara?

Anda boleh merujuk pada gambar poster berikut https://shorturl.at/lDWY8

Adakah PKKP akan mempengaruhi jumlah pencen bulanan pesara?

Ya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!