Cara Daftar e-Filing 2023 –Borang Nyata Cukai LHDN

Berikut panduan cara daftar e-Filing 2023 untuk pengisian dan menghantar borang nyata cukai pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.

Untuk makluman anda, e-Filing akan bermula 1 Mac 2023 ini. Walaupun penghantaran borang secara manual masih diterima. Anda sangat digalakkan mengunakan kemudahan e-Filing iaitu cara terkini untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara atas talian melalui laman web LHDN.

Apa Itu e-Filling LHDN

cara daftar e filing

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.

Dengan cara ini sebenarnya lebih memudahkan pembayar cukai untuk membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tanpa perlu hadir ke kaunter LHDN dan boleh di laksanakan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.

kelebihan e filing lhdn

BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti berikut :

   
Borang B/BT (e-B/e-BT)   

Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan
atau Berkepakaran
   
Borang BE (e-BE)   
   
Tiada Punca Pendapatan Perniagaan   
   
Borang P (e-P)   
   
Borang Nyata Perkongsian   
   
Borang M/MT (e-M/e-MT)   
   
Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja   Berpengetahuan   
   
Borang E (e-E)   
   
Borang Nyata Oleh Majikan   
   
Borang C (e-C)   
   
Borang Nyata Syarikat   
   
Borang C1 (e-C1)   
   
Borang Nyata Koperasi   
   
Borang R (e-R)   
   
Penyata Baki 108 Tersemak   
   
Borang CP204 (e-CP204)   
   
Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah   
   
Borang CP204A (e-CP204A)   

Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9
   
Borang TF (e-TF)   
   
Borang Nyata Pertubuhan   
   
Borang TP (e-TP)   
   
Borang Nyata Harta Pusaka   
   
Borang TC (e-TC)   
   
Borang Nyata Unit Amanah/Amanah Harta Tanah   
   
Borang TA (e-TA)   
   
Borang Nyata Badan Amanah   
   
Borang PT (e-PT)   
   
Borang Nyata Perkongsian Liabiliti Terhad   
   
e-Permohonan Pindaan BE   

e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan atas
kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah
dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh
   
Semakan Pengesahan   

Semakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar
secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan
tersebut.

Siapa Yang Perlu Tahu Cara Daftar e-Filing 2023 ?

Individu yang boleh dikenakan cukai, wajib untuk ambil tahu bagaimana cara daftar e-filling 2023 ini.

Individu-individu yang boleh dikenakan cukai adalah seperti berikut ;

  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :

  1.  Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
  2. Melaporkan Pendapatan Tahunan
  3. Membaayar Cukai Pendapatan

Cara Daftar e-Filing 2023 Mytax LHDN

cara permohonan no e filing

LANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN

Bagi yang pertama kali membuat pembayaran cukai, sebelum anda boleh mengunakan e-filing, terlebih dahulu anda perlu mendapatkan nombor cukai pendapatan.

Untuk mendapatkan nombor cukai pendapatan, anda perlu membuat pendaftaran sama ada secara online atau dengan cara manual hadir ke kaunter cawangan LHDN.

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :

i) PENDAFTARAN ONLINE

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Pendaftaran secara e-Daftar :

  • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

ii) PENDAFTARAN MANUAL

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :

  • Manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan.

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut

  • Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)
  • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
  • Penyata pendapatan/slip gaji

LANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL

Setelah anda mendapatkan nombor cukai pendapatan, anda perlu mendapatkan no PIN untuk mengaktifkan akaun sitem MyTax Hasil.

Cara untuk mendapatkan nombor PIN boleh dibuat secara online menerusi pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/ atau

Hadir ke Cawangan HASiL yang berdekatan.

Dokumen perlu di sertakan untuk permohonan nombor PIN

  • Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
  • Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.

Nombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan

LANGKAH 3 : WUJUDKAN KATA LALUAN E-FILING

Setelah anda menerima nombor PIN, sila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my

Pengaktifan akaun MyTax lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.

Info tambahan : Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.

Panduan Pengguna Portal Mytax

Panduan Program Memfail Borang Nyata (BN) e-Filing Mytax LHDN 2023

Nota Peringatan

Bagi individu yang gagal mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-

  • BN selain Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai persoalan dan pertanyaan lanjut mengenai Cara Daftar e-Filing 2023 atau berkenaan cukai, anda boleh hubungi ;

Atau anda juga boleh datang ke mana-mana pejabat cawangan LHDN berhampiran anda

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!