Tarikh & Jadual Bayaran Pencen 2023 Untuk Pesara Kerajaan

Bayaran Pencen 2023

Bayaran pencen adalah penting bagi semua pesara kerajaan selepas tamat perkhidmatan dalam sektor awam.

Seperti yang ramai sedia maklum, pesara kerajaan termasuk pesara tentera (ATM) akan menerima kadar pencen dengan kenaikan 2% bermula Januari 2023.

Ini selaras dengan kadar kenaikan tahunan yang telah diperkenalkan sejak 2013 lagi.

Di sini kami ingin kongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 untuk makluman umum.

Baca Juga : Gaji Penjawat Awam 2023 Jadual & Tarikh Bayaran

Tarikh Bayaran Pencen 2023 Mengikut Bulan

Berikut merupakan tarikh bayaran pencen bagi tahun 2023 seperti yang dikongsikan oleh Bahagian Pencen JPA.

Bulan Tarikh HariCatatan
Januari 16.01.2023IsninTahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari 20.02.2023Isnin
Mac 20.03.2023Isnin
April13.04.2023KhamisHari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei18.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun 19.06.2023IsninHari Gawai 01 & 02 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai 20.07.2023Khamis
Ogos21.08.2023Isnin
September 21.09.2023Khamis
Oktober19.10.2023Khamis
November 20.11.2023IsninHari Deepavali 12 November 2023 (Ahad)
Disember 14.12.2023KhamisHari Krismas 25 DIsember 2023 (Isnin)
pencen 2023

Bantuan Khas Kewangan Pesara 2023

Melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 untuk pesara dengan kadar seperti berikut :

Jumlah BantuanPesara
RM 700Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah
RM 350– Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen
– Penerima Pencen Terbitan
– Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP
– Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen

Nota : Pembayaran akan mula dilakukan bermula 17 Januari 2023.

pencen 2023

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai pembayaran pencen 2023, sila rujuk laman web berikut :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!