Pearly Tan & M Thinaah-Biodata Beregu Wanita Malaysia

Kenali Biodata Pearly Tan & M.Thinaah Atlet Badminton Beregu Wanita Malaysia

Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan merupakan pasangan beregu wanita Malaysia yang telah banyak mencipta kemenangan dan mengharumkan nama negara di persada antararabangsa.

Gandingan duo Pearly Tan dan M. Thinaah mula bermain bersama sebagai pasangan badminton beregu wanita Malaysia pada tahun 2021. Prestasi permainan gandingan duo ini naik dengan cepat dan terus memenangi gelaran Jelajah Dunia BWF pertama mereka di Terbuka Switzerland pada 2021. Mereka seterusnya meneruskan pencapaian cemerlang dengan memenangi kejuaran di Terbuka Perancis pada 2022.

Biodata Pearly Tan & M Thinaah

BIODATA PEARLY TAN

pearly tan
  • Nama: Pearly Tan Koong Le
  • Bangsa : Cina
  • Warganegara : Malaysia
  • Tarikh Lahir: 14 Mac 2000
  • Tempat lahir Alor Setar, Kedah, Malaysia
  • Tinggi: 164 cm
  • Berat: 54 kg
  • Pekerjaan: Pemain badminton
  • Gaya permainan: Kidal, menyerang
  • Jurulatih: Wong Choong Hann
  • Pasangan badminton : M. Thinaah
  • Fcebook : https://www.facebook.com/Pearly314
  • Instagram : https://www.instagram.com/__pearlytan

Pearly Tan mula bermain badminton pada usia 10 tahun. Mula menyertai pasukan remaja kebangsaan pada 2013 dan memenangi Cabaran Antarabangsa Malaysia pada 2017 bersama pasangannya Chow Mei Kuan. Pearly Tan hanya mula di gandingkan dengan M. Thinaah pada tahun 2021.

BIODATA M.Thinaah

m thinaah

M.Thinaah mula bermain badminton pada usia 12 tahun. Dia menyertai pasukan remaja kebangsaan pada 2014 dan memenangi Emas Grand Prix Terbuka India pada 2018 bersama pasangannya Tan Kian Meng sebelum bergandingan dengan Perly Tan pada tahun 2021.

Pencapaian & Kejayaan

Pasangan badminton beregu wanita Malaysia Pearly Tan -M. Thinaah naik dengan cepat semenjak mereka digandingkan.

Kejayaan mereka muncul di kejohanan terbuka Switzeland 2021, apabila menjuarai kejohanan tersebut. Berikut kami kongsikan antara pencapaian mereka dalam arena badminton

Pencapaian Bersama Perly Tan – M.Thinaah

2022 – Sukan Komanwel, Beregu wanita, pasangan M.Thinaah, Emas

Jelajah Dunia BWF

  • 2021 – Terbuka Switzerland, Beregu wanita, pasangan M.Thinaah, Juara
  • 2022 – Terbuka Perancis, Beregu wanita, pasangan M.Thinaah, Juara

Cabaran Antarabangsa BWF

Beregu Wanita

  • 2019 – Antarabangsa Bangladesh, Beregu wanita, pasangan M.Thinaah, Juara
  • 2019 – Antarabangsa India, Beregu wanita, pasangan M.Thinaah, Juara
  • 2019 – Antarabangsa Malaysia, Beregu wanita, pasangan M.Thinaah, Juara


Pencapaian Perly Tan (Tidak Bersama M.Thinaah)

2018 – Kejohanan Junior Asia ,Beregu wanita, pasangan Toh Ee Wei, Perak
2018 – Kejohanan Junior Dunia,Beregu wanita, pasangan Toh Ee Wei, Perak

Cabaran Antarabangsa BWF

  • 2019 – Antarabangsa India, Beregu campuran, pasangan Chia Wei Jie, Naib Juara
  • 2019 – Antarabangsa Malaysia, Beregu campuran, pasangan Man Wei Chong, Naib Juara

Pencapaian M.Thinaah (Tidak Bersama Perly Tan)

Cabaran Antarabangsa BWF

Perseorangan Wanita
2018 – Antarabangsa Belanda, Perseorangan Wanita – Juara
2018 – Antarabangsa Fajr Iran, Perseorangan Wanita – Juara

Beregu Wanita
2018 – Antarabangsa Malaysia – Payee Lim Peiy Yee – Juara

Terbaru, meraka baru sahaja menamatkan saingan di peringkat suku akhir di pentas Kejohanan Badminton Dunia 2023 selepas tewas dengan gandingan beregu wanita China Zhang Su Xian-Zheng Yu dengan keputusan 21-17, 17-21, 19-21.

Pearly Tan dan M. Thinaah juga merupakan antara altet Malaysia yang layak dan dijangka akan memberi cabaran dalam kejohanan Sukan Olimpik Paris 2024.

Ranking Pearly Tan & M Thinaah

Pearly Tan dan M. Thinaah pada ketika ini berada pada ranking ke 11 dunia selepas tamat cabaran Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark pada 21 – 27 Ogos lalu. Manakala ranking terbaik duo bergu wanita negara ini adalah pada keududukan nombor 5 dunia

Untuk mengikuti perkembangan terkini Perly Tan dan M. Thinaah dalam dunia badminton, anda juga boleh melayari laman web Persatuan Badminton Malaysia (BAM) https://bam.org.my/ dan juga https://bwfbadminton.com/ untuk mengikuti jadual perlawanan dan statistik perlawanan

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!