Azeem Fahmi – Biodata Pelari Pecut 100m Malaysia

Biodata Azeem Fahmi. Raja pecut Malaysia berjaya meraih tempat ketiga 100m dengan catatan masa 10.11 saat di Sukan Asia Hangzhou 2022 sekaligus meletakkan dirinya kini sebagai orang ketiga terpantas di rantau Asia.

Kejayaan Azeem Fahmi meraih pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou kali ini sekaligus menamatkan kemarau 41 tahun bagi Malaysia untuk memenangi pingat dalam pecut 100m.

Kali terakhir Malaysia menaiki podium untuk acara tersebut adalah pada Sukan Asia New Delhi pada tahun 1982 oleh legenda pecut Malaysia Datuk Rabuan Pit

Dalam satu temubual, selepas meraih pinggat gangsa di Hangzhou, beliau kelihatan begitu yakin dan memohon sedikit masa lagi untuk memperbaiki pencapaianya bagi persiapan ke temasya Sukan Olimpik 2024

Biodata Azeem Fahmi

azeem fahmi biodata
  • Nama sebernar : Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi
  • Panggilan : Azeem Fahmi
  • Umur : 19 tahun (2023)
  • Ketinggian : 184 cm
  • Tarikh lahir : 29 April 2004
  • Asal : Teluk Intan, Perak
  • Agama : Islam
  • Warganegara : Malaysia
  • Bangsa : Melayu
  • Status : Bujang
  • Pendidikan :
    • Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdul Aziz
    • Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh
    • Sekolah Sukan Perak Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh – SPM -6A
    • Januari 2023, Azeem berpindah ke Amerika Syarikat untuk fisiologi senaman dan kinesiologi di Universiti Auburn, Alabama
  • Kerjaya : Altet

Video Azeem Fahmi 100m gangsa Sukan Asia Huangzhou, China 2022

Beliau juga mendapat julukan Usain Bolt Malaysia

Kerjaya

Bakat Azeem Fahmi mula dicungkil ketika di bangku sekolah. Dia mulai terlibat dengan acara larian ketika berusia 12 tahun.

Nama Azeem Fahmi mulai mendapat perhatian dunia selepas memenangi emas Sukan Sekolah ASEAN 2019 dalam acara 200m akhir dengan catatan masa 21.63 saat

Pada Ogos 2022, Azeem Fahmi sekali lagi menunjukkan kecemerlangan beliau apabila memecahkan rekod 100m negara yang dipegang Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2022 dengan catatan masa 10.09 saat semasa saringan.

Tidak cukup disitu, Azeem Fahmi juga berjaya memecahkan rekod 200m bawah 20 tahun negara sendiri dengan catatan masa 20.83 saat.

Seterusnya Azeem Fahmi sekali lagi menunjukan bahawa dia manusia terpantas di Malaysia selepas memecahkan rekod negara, dalam acara pecut tertutup 60m lelaki yang sebelum ini dipegang oleh Watson Nyambek dengan catatan masa 6.63 saat pada separuh akhir pertemuan Terbuka Texas Tech 2023 dan mencatatnya lebih jauh dengan 6.62 saat dalam pertemuan akhir Jemputan Tiger Paw pada 11 Februari 2023.

Prestasi Azeem juga dilihat sedang berada dalam laluan yang tepat dan sedang melonjak naik sejak beliau berada di bawah jurulatih legenda olahraga dunia, Ken Harnden.

Pencapaian

azeem fahmi terkini

Terikini Azeem Fahmi mendapat pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022 dalam acara 100m dengan catatan masa 10.11 saat.

Selain itu, berikut adalah beberapa rekod peripadi dan pencapaian Azem dalam dunia sukan olahraga

Peringkat Sekolah

  • Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) – Olahragawan ( 2014-2016)
  • Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSP) – Olahragawan ( 2015 – 2018 )
  • Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSP) – Olahragawan ( 2015 – 2018 )
  • Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Olahragawan L -15 dan Olahragawan Keseluruhan (2018)
  • Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Olahragawan L -15 dan Olahragawan Keseluruhan (2018)

Peringkat Kebangsaan

  • Juara 100 M SUKMA 2017

Peringkat Antarabangsa

  • Pingat Emas Kejohanan Remaja Asia Tenggara Filipina 2019
  • Pingat Gangsa Kejohanan Asia Hangzhou, China 2022

Catatan Terbaik Rekod Peribadi

  • 100 m: 10.09 (2022 World Athletics U20 Championships) (Cali 2022)
  • 200 meter: 20.83 (2022 World Athletics U20 Championships) (Cali 2022)

Catatan rekod terbaik Azeen Fahmi acara pecut 100m ialah 10.04 * ketika mewakili universiti nya di Jax Track at Hodges Stadium, Jacksonville, FL (USA) pada 26 MAY 2023

Begitulah sedikit sebanyak mengenai biodata Azeem Fahmi dan pencapaianya yang dapat kami kongsikan. Untuk mendapatkan info terkini mengenai Azeem, anda juga boleh mengikuti laman sosial beliau di ;

Dapatkan promosi barangan sukan di Shopee sempena promosi 10.10

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!