Aaron Chia, Soh Wooi Yik : Profil & Biodata Pemain Badminton Malaysia
Malaysia merupakan negara yang dipandang tinggi dalam pencapaian sukan badminton peringkat kebangsaan. Setelah legenda sukan badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan keluarga Sidek melakar pelbagai kemenangan buat negara, kini giliran atlet pelapis seperti Lee Zii Jia dan pemain bergu nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan biodata Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta latar belakang dan pencapaian mereka dalam arena sukan badminton tanah air.
Profil Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pemain Badminton Malaysia Kategori Bergu Lelaki
Profil Soh Wooi Yik
Nama Penuh : Soh Wooi Yik
Tarikh Lahir : 17 Februari 1998
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Umur : 25 tahun
Tinggi : 185 cm
Status Perkahwinan : Bujang
Umur : 25 tahun (2023)
Profil Aaron Chia
Nama Penuh : Aaron Chia Teng Fong
Tarikh Lahir : 24 Februari 1997
Tempat Lahir : Melaka
Umur : 26 tahun (2023)
Tinggi : 168 cm
Status Perkahwinan : Sudah berkahwin
Anak : 2 orang perempuan
Fakta Menarik Soh Wooi Yik dan Aaron Chia
Ayah Soh Wooi Yik adalah Soh Goon Chup manakala bapa saudaranya adalah Soo Beng Kiang, pemain badminton veteran yang pernah mewakili Malaysia suatu ketika dahulu.
Bapa saudara Soh Wooi Yik iaitu Soo Beng Kian pernah mewakili Malaysia dalam acara Olimpik dan berpasangan dengan Datuk Cheah Soon Kit untuk memberikan kemenangan pada Malaysia pada Thomas Cup 1992.
Mereka dikatakan mempunyai chemistry yang baik kerana secara kebetulan mereka berdua bermain menggunakan tangan kanan.
Aaron dan Soh juga mempunyai kebolehan yang sama iaitu dapat bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Kantonis.
Mereka pernah dilantik untuk menjadi duta beberapa jenama popular seperti 100Plus, Haier dan Platinum Victory.
Pasangan bergu nombor 1 negara ini juga telah dilantik sebagai Duta Anti-Scam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM bersama atlet badminton lain iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.
Penglibatan Aaron Chia, Soh Wooi Yik Dalam Arena Badminton
Aaron Chia mula bermain badminton ketika berusia 7 tahun bersama bapanya di Melaka. Kemudian, beliau mula memasuki acara badminton ketika berusia 11 tahun.
Soh pula mula bermain lebih awal iaitu pada usia 4 tahun bersama bapanya yang merupakan bekas pemain badminton negara pada era 70an, Soh Goon Chup.
Atas dorongan profesional dari ayahnya, bakat Soh dapat diasah lebih awal dan beliau sudah bergelar pemain profesional sejak berusia 6 tahun!
Aaron Chia terpilih untuk menjadi sebahagian daripada skuad badminton kebangsaan pada tahun 2105 setelah menyertai acara badminton Indonesia International Series.
Soh pula telah menyertai acara antarabangsa lebih awal iaitu pada tahun 2012 dalam acara Smiling Fish International Series. Namun, beliau direkrut lebih lewat ke dalam skuad kebangsaan iaitu pada tahun 2017.
Chia dan Soh mula mewakili Malaysia sebagai pasangan bergu badminton sejak 2015. Ketika itu, mereka dipadankan bagi mewakili Malaysia untuk World Junior Championships 2016.
Berdasarkan portal BWF World Tour Finals, Aaron Chia setakat ini telah mencatatkan sebanyak 201 kemenangan manakala Soh pula memiliki 192 kemenangan sepanjang karier.
Pencapaian Aaron Chia dan Soh Wooi Yik
Tersenarai dalam 10 pasangan terbaik bagi atlet bergu lelaki peringkat global, Aaron Chia, Soh Woii Yik mula mendapat perhatian rakyat Malaysia setelah memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019 di Filipina.
Pada peringkat akhir, pasangan ini berjaya mengalahkan skuad kebangsaan Thailand yang diwakili oleh Bodin Isara dan Maneepong Jongjit.
Atas pencapaian yang memberangsangkan, Chia dan Soh terpilih untuk menyertai acara sukan yang lebih besar iaitu Tokyo 2020 Olympics.
Dalam perwakilan sukan Olimpik pertama mereka itu, pasangan ini telah menghadiahkan Malaysia dengan pingat gangsa bagi acara bergu badminton lelaki.
Dalam kemenangan tersebut Chia dan Soh juga berjaya mengalahkan pasangan bergu dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang mewakili Indonesia.
Aaron Chia, Soh Woii Yik juga berjaya merangkul pingat emas apabila muncul juara dalam pentas Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo pada Ogos 2022. Pasangan bergu ini juga sekaligus menamatkan penantian 45 tahun negara untuk merangkul gelaran juara dunia.
Atas pencapaian cemerlang, pasangan atlet ini telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Olahragawan Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2022.
Baru-baru ini Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pingat perak bagi kategori bergu lelaki dalam China Open 2023.
Meskipun tewas di tangan pemain badminton bergu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang pada peringkat akhir, Chia dan Wooi Yik yang mengungguli tempat keenam dunia bagi kategori bergu lelaki tetap optimistik untuk bertanding bagi acara terdekat pada awal suku akhir tahun ini iaitu Super 500 Hong Kong Open dan Hangzhou Asian Games.
Secara keseluruhan pasangan ini sering muncul sebagai naib juara atau pingat perak dalam acara badminton kebangsaan.
Antara acara badminton peringkat kebangsaan yang disertai oleh pasangan bergu nombor satu negara ini adalah :
- BWF SaarLorLux Open 2018
- 2018 Malaysia International
- 2018 Vietnam International
- All England Open 2019
Ayuh sama-sama kita berikan sokongan padu kepada Aaron Chia, Soh Woii Yik yang telah berusaha keras untuk berjuang sehabis baik demi mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Untuk ketahui perkembangan terkini pemain badmin bergu negara, sila ikuti laman Facebook Aaron_Chia dan Soh_Wooi_Yik.
Baca Juga : Pearly Tan & M Thinaah-Biodata Beregu Wanita Malaysia