Biodata Intan Serah, Pemain Bola Sepak dan Futsal Wanita

Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah merupakan pemain sensasi bola sepak dan futsal wanita negara.

Pada pertengahan tahun ini, Intan Serah menjadi bualan penggemar bola sepak tempatan apabila beliau sah dilamar kelab bola sepak yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) iaitu New York Dutch Lions FC (NYDL FC).

Selain aktif dalam arena sukan tanah air, Intan juga aktif dalam beberapa bidang lain seperti modeling, nyanyian, lakonan dan streaming.

Ingin kenali Intan dengan lebih lanjut? Ayuh kita semak biodata Intan Serah dan serba sedikit latar belakangnya.

Intan Serah

Biodata Intan Serah

Nama Penuh : Intan Sarah Anisah binti Zulgafli

Nama Komersial : Intan Serah

Umur : 24 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 10 Julai 1999

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Asal : Kuala Lumpur

Tinggi : 168 cm

Adik Beradik : 8 orang (anak ketujuh)

Pendidikan : Sekolah Sukan Kuala Lumpur, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan, Universiti Malaya

Kerjaya : Pemain futsal wanita Malaysia, streamer

Intan Serah

Penglibatan Intan Serah Dalam Sukan

Intan mula melibatkan diri dalam arena suka futsal secara profesional pada tahun 2015. Sebelum itu, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti sukan di bangku sekolah.

Ketika di sekolah sukan, beliau pada mulanya aktif dalam acara sukan olahraga 100 meter lari berpagar.

Kebolehan Intan dalam bidang sukan terbukti apabila berjaya merangkul pingat emas di Sukan Belia ASEAN 2015, acara 100 meter lari berpagar dan memenangi pingat perak di SUKMA Sarawak 2016.

Intan lebih serius dalam mengembangkan bakat dalam bidang futsal semasa menyertai Kelab Phoenix RC. Seterusnya, beliau telah menerima tawaran untuk menganggotai skuad futsal Perak pada tahun 2017.

Ketika mewakili Perak dalam Liga Futsal Kebangsaan 2017, bakat Intan mula mendapat perhatian jurulatih Muizzudin Mohd Haris. Selain Perak, Intan Serah juga pernah bermain dengan kelab futsal Selangor, FELDA, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

Intan Serah

Penampilan awal Intan sebagai atlet futsal kebangsaan mewakili Malaysia adalah menerusi KL Sea Games 2017.

 Pada tahun berikutnya, beliau terpilih untuk menyertai Futsal Wanita AFC 2018.

Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia/ Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 bagi kategori wanita.

Pada tahun 2022, Intan selaku ketua pasukan Melaka telah membawa kemenangan kepada negeri itu dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Wanita. Tak hanya itu, beliau juga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan menerusi apabila mencatatkan sebanyak 12 gol sepanjang berlangsungnya MPFL Wanita.

Pada Mei 2022, Intan diberi kepercayaan untuk mengetuai skuad futsal wanita negara bagi acara Sukan SEA 2021 dan berjaya memperoleh pingat gangsa buat Malaysia.

Intan Serah Sertai New York Dutch Lions FC

Intan Serah

Pada Jun 2023, Intan secara rasminya menyertai kelab bola sepak dari New York, Amerika Syarikat iaitu New York Dutch Lions FC (NYDL FC).

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi di laman Instagram kelab bola sepak wanita tersebut.

Setelah beberapa minggu berita tersebut tersebar di media sosial, Intan didapati telah pun memulakan latihan bersama NYDL FC dan sambil menyarungkan jersi nombor 10.

Penampilan pertama beliau bersama kelab bola sepak tersebut adalah menerusi saingan Liga Premier Bola Sepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat.

Yang terkini, Intan didapati telah kembali menyertai skuad Malayan Tigress bagi acara Kejohanan Women’s International Friendly bagi menentang pasukan Arab Saudi.

Intan Serah

Fakta Menarik Intan Serah

  • Memegang watak Fifi, Intan bukan sahaja berpeluang untuk berlakon dalam Gol & Gincu Vol , malah beliau juga digandingkan bersama penyanyi popular Aizat Amdan untuk mengisi runut bunyi (original soundtrack) bagi filem ini menerusi lagu Hari-Hariku.
  • Intan juga merupakan duta bagi beberapa jenama kelengkapan sukan iaitu Dare-Bikes Ambassador dan Homeboise Sports.
  • Selain berlakon, Intan juga tampil di rancangan komedi terbitan Astro Warna iaitu Polis Sentri bersama selebriti popular lain antaranya Iman Troye, Dato Seri Vida, Chacha Maembong, Aril Pilus dan Fazziq Muqris.
  • Intan juga membuat penampilan khas dalam muzik video Raya Janji Happy nyanyian Aizat Amdan dan Asmidar bagi kempen Hari Raya Mimpi Kita X Lokalab.
  • Intan memiliki dua ekor kucing bernama Bowwie Kichiro & Happy Hinata.

Sama-sama kita berikan sokongan padu buat atlet negara. Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Intan Serah, sila ikuti laman media sosialnya di :

Facebook : https://www.facebook.com/intanserah23/

Instagram : @intanserah

Twitter : @serahsocool

Baca Juga : Aaron Chia, Soh Wooi Yik : Profil & Latar Belakang Pemain Badminton Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!