Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton No.1 Malaysia

Biodata Lee Chong Wei

Datuk Wira Lee Chong Wei adalah pemain badminton nombor satu Malaysia. Pencapaian luarbiasanya dalam sukan tersebut berjaya mengangkat nama negara ke persada antarabangsa. 

Meskipun sudah bersara, namun setiap aksi serta kemenangannya pasti akan dikenang rakyat Malaysia sampai bila-bila. 

Mana tidaknya, setiap kali beliau berentap di gelanggang, segenap rakyat Malaysia pasti akan setia memberikan sokongan kepadanya di stadium mahupun di layar kaca televisyen.

Jom kita kenali wira badminton negara ini dengan menyemak biodata Lee Chong Wei secara lebih lanjut. 

Baca Juga : Biodata Shalin Zulkifli, Ratu Boling Negara

Biodata Lee Chong Wei

Biodata Lee Chong Wei

Nama Penuh : Lee Chong Wei

Ketinggian : 172 cm

Tarikh Lahir : 21.10.1982

Tempat Lahir : Pulau Pinang

Isteri : Wong Mew Choo

Anak : 3 orang, Kingston (2013), Terrance (2015) dan Anson (2022)

Biodata Lee Chong Wei

Karier Lee Chong Wei dalam Sukan Badminton

Minat Lee Chong Wei pada sukan badminton mula berputik pada usianya 10 tahun. 

Atas usaha serta dorongan ibu bapa, beliau layak menyertai skuad badminton kebangsaan sejak tahun 1999. 

Sejak itu, beliau tidak toleh belakang lagi dan terus melakar nama dalam arena sukan negara. 

Lee Chong Wei juga menerima tunjuk ajar daripada beberapa jurulatih handalan seperti Datuk Misbun Sidek, Teh Peng Huat, mendiang Indra Gunawan, Li Mao, Rashid Sidek, Morten Frost, Datuk Tey Seu Bock, Hendrawan dan banyak lagi. 

Lee akui nama-nama ini bukan hanya menggilap kemahiran badmintonnya, bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.

Biodata Lee Chong Wei

Kejohanan Yang Dimenangi Lee Chong Wei

2003

  • Luster Malaysia Satellite

2004

  • Proton-Eon Malaysia Open
  •  Chinese Taipei Open

2005

  • Denmark Open
  •  Proton Malaysia Open

2006

  • Malaysia Open
  • Wilson Badminton Swiss Open

2007

  • French Super Series
  • Philippines Open
  • Djarum Indonesia Open Super Series

2008

  • World Super Series Masters Finals
  • Aviva Singapore Super Series
  • Proton Malaysia Open Super Series

2009

  • Yonex-Sunrise BWF World Super Series Master Finals
  • Yonex Sunrise Hong Kong Open Super Series
  • Macau Grand Prix Gold
  • Yonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold
  •  Djarum Indonesia Super Series
  • Wilson Swiss Super Series
  • Malaysia Super Series

2010

  • Yonex Sunrise Hong Kong Open Super Series
  • Commonwealth Games
  • Japan Super Series
  • Kumpoo Macau Open Badminton Championships
  • Yonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold
  • Djarum Indonesia Super Series
  • All England Super Series
  • Proton Malaysia Open Super Series
  • Korea Super Series

2011

  • Yonex Badminton French Open
  •  Djarum Indonesia Open
  • Yonex-Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold 2011
  • Yonex-Sunrise India Open
  • Yonex All England Open
  • Victor Korea Open
  • Proton Malaysia Open
  • Victor – BWF Superseries Finals

2012

  • Yonex Sunrise Hong Kong Open
  • Yonex Denmark Open
  • Yonex Japan Open
  • Sukan Olimpik
  • Yonex Sunrise Malaysia Open GP Gold
  • Yonex Sunrise India Open
  • Yonex All England Open Badminton Championships
  • Maybank Malaysia Open Presented by Proton
  • Victor Korea Open

2013

  • BWF World Superseries Finals
  • Yonex Sunrise Hong Kong Open
  • Yonex Open Japan
  • Djarum Indonesia Open
  • Yonex Sunrise India Open
  • Maybank Malaysia Open 2013
  •  Victor Korea Open

2014

  • Yonex Japan Open
  • Yonex-Sunrise India Open
  • Yonex All England Open
  • Maybank Malaysia Open

2015

  • Yonex-Sunrise Hong Kong Open
  • Thaihot China Open
  • Yonex French Open
  • Yonex Canada Open
  • Yonex Suffolk County Community College US Open

2016

  • Yonex Japan Open
  • BCA Indonesia Open
  • Dong Feng Citroen Badminton Asia Championship
  • Celcom Axiata Malaysia Open
  • Victor Far East Malaysia Masters

2017

  • Yonex-Sunrise Hong Kong Open
  •  Yonex All England Open

2018

  • Celcom Axiata Malaysia Open
  • Commonwealth Games

Pengiktirafan

BWF Player of the Year 2009, 2010 dan 2011

Sepanjang kariernya, beliau telah merekodkan 713 kemenangan daripada 851 perlawanan.

Lee Chong Wei menempa nama di arena sukan apabila dinobatkan sebagai pemain badminton terbaik selama 349 minggu, di mana beliau menduduki tangga teratas selama 199 minggu berturut-turut.

Selain meraih 69 gelaran siri super, beliau juga telah mewakili Malaysia sebagai duta muhibah UNICEF.

Lee Chong Wei Bersara

Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraan secara rasmi selepas mendapati kesihatannya terjejas selepas didiagnos kanser hidung. 

Meskipun beliau dikhabarkan telah menerima beberapa tawaran sebagai jurulatih daripada luar negara, namun Lee masih belum bercadang untuk tinggalkan Malaysia. 

Terkini, beliau telah mengumumkan kelahiran anak ketiga bersama isteri, Datin Wong Mew Choo pada November lepas. 

Meskipun pasangan ini telah bersara, namun kisah pasangan suami isteri ini tetap menjadi bualan di kalangan peminat sukan badminton negara. 

Sumber :

BWF Tournament Software

Astro Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!