MBO Online Check Harga Tiket & Booking Tiket Wayang

Layari MBO Online /Aps Untuk Semak Harga Tiket & Booking Wayang Kegemaran Anda Dihujung Jari

Musim sekolah telah tiba, bagi ibu bapa yang berhajat untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak dengan menonton wayang. Disini kami kongsikan panduan cara check harga tiket & booking wayang di MBO secara online.

Cara ini juga lebih mudah dan jimat wang dan masa anda. Tak perlu beratur panjang untuk beli tiket.

MBO Online

mbo online

Untuk makluman anda, tiket wayang (MBO) mempunyai kemudahan online untuk anda check harga tiket dan juga booking. Hanya perlu login akaun MBO anda untuk dapatkan info filem tayang terkini dan akan datang,promosi dan banyak lagi.

Banyak kelebihan sekiranya anda membeli tiket secara online dan mendaftar keahlian MBO ALLSTAR

MBO Cinema boleh di layari secara online menerusi ;

Cara Check Harga & Booking Tiket Online MBO Cinema

mbo online booking

Untuk menyemak harga tiket wayang terkini di MBO Cinema, anda boleh buka pada aplikasi atau anda juga boleh layari melalui pautan https://mbocinemas.com/

  • Kemudian anda boleh klik butang Now Showing
  • Klik Cinema untuk pilih pangung wayang berhampiran anda. Contoh MBO Teluk Intan
  • Kemudian pilih Movie yang anda mahu tonton. Contoh filem Mallbat Misi Bakara
  • Seterusnya, anda boleh pilih tarikh,masa tayangan dan paparan sama ada 2D,3D
  • Pilih harga tiket dan jumlah tiket. Untuk satu transaksi, anda boleh membeli maksimum 10 tiket.
  • Sebelum boleh meneruskan pembayaran, anda perlu mengisi butiran diri seperti nama, email, nombor telefon da
  • Seterusnya klik pada kotak I HAVE READ AND UNDERSTOOD THE TERMS AND CONDITIONS
  • Klik NEXT untuk pembayaran.
  • Tiket akan di hantar ke email yang anda telah isikan.

HARGA TIKET BIASA

  • Adult standard – RM15.00
  • Child standard – RM12.00
  • Adult Vip – RM16.00
  • Child Vip -RM13.00

Daftar Ahli MBO AllStar

mbo allstar online registratrion

MBO ALLSTAR ialah program keahlian eksklusif MBO Cinema yang telah direka untuk memberi ganjaran kepada pelanggan pawagam kami yang setia. Dapatkan StarPoints (RM1.00 = 1 StarPoint) dengan setiap pembelian di MBO Cinemas dan gunakan mata ini untuk menebus tiket wayang PERCUMA, barangan dan banyak lagi.

Kelebihan sebagai Ahli MBO Allstar

Anda akan dapat menikmati semua keistimewaan ini apabila anda menjadi MBO ALLSTAR:

  • Keahlian seumur hidup PERCUMA! Tiada yuran bulanan atau tahunan.
  • Terima GANJARAN ALU-ALUAN sebanyak 50 StarPoints apabila anda mendaftar, tanpa sebarang ikatan!
  • Dapatkan 1 StarPoint untuk setiap RM1.00 yang dibelanjakan.
  • Terima Kombo Tunggal PERCUMA pada bulan hari lahir anda.
  • Peroleh 2x StarPoints pada pembelian Kombo Konsesi semasa bulan hari lahir anda.
  • Tebus tiket wayang PERCUMA, barangan dan banyak lagi!
  • Terima jemputan EKSKLUSIF ke tayangan perdana filem dan tayangan khas.
  • Nikmati promosi eksklusif AHLI SAHAJA.

Cara Daftar Ahli MBO ALLSTAR

Anda boleh menjadi MBO ALLSTAR dengan mendaftar untuk akaun MBO ALLSTAR secara online atau mendaftar untuk Kad Kelab MBO ALLSTAR di kaunter Pawagam MBO seluruh negara.

Pendaftaran akaun MBO ALLSTAR online, membolehkan anda mengumpul StarPoints untuk tiket wayang dan pembelian konsesi untuk item yang tersedia di tapak web dan aplikasi mudah alih MBO Cinemas.

Manakala Kad fizikal MBO ALLSTAR membolehkan anda mengumpul StarPoints pada tiket wayang dan rangkaian penuh barangan konsesi, termasuk kombo filem eksklusif yang pada masa ini hanya tersedia untuk pembelian di kaunter.

Cara untuk DAFTAR

  • Langkah 1: Pergi ke laman web MBO Cinemas https://mbocinemas.com/, atau muat turun aplikasi mudah alih MBO Cinemas
  • Langkah 2: Isikan semua butiran dalam borang. Butiran wajib dengan tanda (*) mesti diisi. Cipta kata laluan anda dan tandakan kotak untuk bersetuju menerima Terma & Syarat.
  • Langkah 3: Klik pada butang Aktifkan Akaun. Anda akan menerima Pautan Pengaktifan melalui alamat e-mel yang telah anda gunakan untuk mendaftar sebelum ini. Sila teruskan klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun MBO ALLSTAR Online anda. Sila semak folder Spam anda jika anda tidak menerima e-mel tersebut.
  • Langkah 4: Setelah diaktifkan, log masuk dengan alamat e-mel anda (mengikut ID pengguna anda) untuk mengakses akaun MBO ALLSTAR Dalam Talian anda.

Nota: Selepas mendaftar akaun MBO ALLSTAR secara online, anda boleh memilih untuk pergi ke mana-mana Pawagam MBO kami di seluruh negara untuk mendapatkan Kad MBO ALLSTAR fizikal yang juga dipautkan ke akaun MBO ALLSTAR dalam talian.

Pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh layari https://bit.ly/MBOALLSTARFAQ

Lokasi MBO Cinema

Berikut adalah senarai lokasi MBO Cinema seluruh Malaysia ;

  • Atria Shopping Gallery
  • Brem Mall
  • ElementX Mall
  • Melaka Mall
  • Quayside Mall
  • Space U8
  • Taiping Sentral Mall
  • Teluk Intan
  • U Mall Skudai

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi ;

MBO Cinema Sdn.Bhd. (1423414-M)

 Wisma Lotus, Lot 1A, Jalan 51A/223A,

 Off Jalan Utara, 46100 Petaling Jaya

 Selangor Darul Ehsan, Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!