Biodata Lengkap & Fakta Menarik Ahli NewJeans

Diperkenalkan pada 22 Julai 2022, NewJeans adalah girl group K-Pop di bawah label ADOR milik syarikat hiburan terkemuka, HYBE.

Setelah menarik minat penggemar K-Pop menerusi single pertama Attention, mereka kemudiannya mengeluarkan mini album debut dengan tajuk New Jeans pada 1 Ogos 2022.

Hanya selepas satu tahun, New Jeans telah berjaya mengukir prestasi sebagai salah satu girl group K-Pop dengan penjualan terbaik di laman Hanteo.

Kumpulan yang telah mengeluarkan mini album berjudul Get Up pada 21 Julai lalu ini juga berjaya mencatatkan jualan album lebih daripada 1.1 juta unit hanya dalam masa satu hari.

Ini sekaligus menempatkan kumpulan NewJeans di kedudukan kedua setelah Aespa bagi kategori penjualan album terbanyak dalam minggu pertama ia dilancarkan.

Pada masa yang sama, mini album Get Up juga telah melonjakkan nama kumpulan puenyanyi wanita ini sehingga melayakkan mereka masuk ke carta Billboard 200.

Lagu-lagu popular mereka seperti ETA dan Cool With You berjaya menembus carta Billboard’s Hot 100 manakala lagu Super Shy mencapai kedudukan ke-48.

Pencapaian ini sekaligus menjadikan mereka sebagai kumpulan kedua yang menduduki posisi teratas di Billboard setelah Blackpink.

Selain popular dengan lagu-lagu yang rancak, kumpulan ini juga memiliki karisma yang berbeza menerusi penampilan konsep Y2K yang comel dan serba aestetik.

Ingin kenali kumpulan New Jeans dengan lebih dekat? Ayuh kita semak profil 5 ahli kumpulan K-pop yang sedang hangat ini.

Profil Ahli Kumpulan NewJeans

Biodata Minji

Nama Penuh : Kim Minji

Nama Komersial : Minji

Tarikh Lahir : 7 Mei 2004

Tinggi : 169 cm

Umur : 19 tahun (2023)

Asal : Chuncheon, Gangwon, Korea Selatan

Warganegara : Korea Selatan

Posisi : Rapper

Fakta Menarik Minji

  • Minji telah menyertai Source Music sebagai trainee ketika masih bersekolah.
  • Terkenal dengan gelaran Teddy Bear, Gadis berusia 19 tahun ini juga pernah menyertai Plus Global Audition pada tahun 2019.
  • Merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik, Minji pernah tinggal seketika di Kanada ketika masih kecil.
  • Gadis cantik ini juga terkenal dengan sifatnya yang pembersih.

Biodata Hanni

NewJeans

Nama Penuh : Phạm Ngọc Hân / Hanni Pham

Nama Komersial : Hanni

Tarikh Lahir : 6 Oktober 2004

Tempat Lahir : Melbourne, Victoria, Australia

Umur : 19 tahun (2023)

Posisi : Vokalis

Tinggi : 161.7 cm

Warganegara : Vietnam-Australia

Fakta Menarik Hanni

NewJeans
  • Hanni telah dilantik sebagai duta untuk jenama mewah Giorgio Armani.
  • Hanni fasih bertutur dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Vietnam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea.
  • Penyanyi cantik ini juga merupakan duta bagi jenama Gucci Cosmogonie.
  • Membuat bakat dalam tarian, Hanni merupakan sebahagian daripada kumpulan penari berasal dari Australia iaitu AEMINA Dance Crew.
  • Selain menari dan menyanyi, Hanni juga pandai bermain alat muzik ukelele.
  • Hanni mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Jasmine.

Biodata Danielle

NewJeans

Nama Penuh : Danielle Marsh/ Mo Ji-hye

Nama Komersial : Danielle

Tarikh Lahir : 11 April 2005

Tempat Lahir : Munsan, Paju, Gyeonggi-do, Korea Selatan  

Umur : 18 tahun (2023)

Tinggi : 165 cm

Warganegara : Korea Selatan – Australia

NewJeans

Fakta Menarik Danielle

  • Bapa Danielle merupakan orang Australia manakala ibunya pula berasal dari Korea Selatan.
  • Danielle mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea.
  • Beliau mempunyai seorang kakak.
  • Gadis berdarah kacukan Korea Selatan-Australia ini cukup gemar aktiviti sukan air seperti meluncur dan berenang.
  • Danielle juga sering tampil di program televisyen ketika masih kecil seperti Rainbow Kindergarten, Jesse’s Play Kitchen, My Heart’s Crayon dan banyak lain.

Biodata Haerin

NewJeans

Nama Penuh : Kang Haerin / Vanessa Kang

Nama Komersial : Harin

Tarikh Lahir : 15 Mei 2006

Tempat Lahir : Anyang, Gyeonggi-do, Korea Selatan

Umur : 17 tahun (2023)

Tinggi : 164.5 cm

Warganegara : Korea Selatan

Fakta Menarik Haerin

  • Gadis cantik ini merupakan duta bagi jenama mewah iaitu DIOR
  • Haerin mempunyai seorang adik perempuan.
  • Beliau mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea.
  • Haerin turut terlibat dalam menulis lirik lagi untuk NewJeans.
  • Beliau dikatakan telah berhenti sekolah untuk fokus menjadi trainee.

Biodata Hyein

Nama Penuh : Lee Hyein / Grace Lee

Nama Komersial : Hyein

Tarikh Lahir : 21 April 2008

Umur : 15 tahun (2023)

Tempat Lahir : Incheon, Korea Selatan

Tinggi : 170 cm

Warganegara : Korea Selatan

Fakta Menarik Hyein

  • Pada Disember 2022, Hyein telah diumumkan sebagai duta bagi jenama mewah, Louis Vuitton. Pengumuman tersebut sekaligus menjadikan Hyein sebagai artis paling muda pernah dilantik oleh Louis Vuitton sebagai duta iaitu ketika berusia 14 tahun.
  • Hyein merupakan peminat tegar Harry Potter.
  • Seperti semua ahli lain, Hyein juga boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea dengan baik.
  • Gadis cantik ini merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik.
  • Hyein pernah muncul di Pocket TV dan merupakan sebahagian daripada Play With Me Club.
  • Ketika masih kecil, Hyein pernah menyertai kumpulan girl gorup kanak-kanak iaitu USSO.GIRL.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai kumpulan NewJeans, sila ikuti saluran media sosial rasmi mereka :

Laman WEb Resmi: newjeans.kr

Instagram: @newjeans_official

YouTube: NewJeans

Twitter: @NewJeans_ADOR

Tiktok: @newjeans_official

Baca Juga : Biodata Lengkap & Fakta Menarik Ahli Blackpink

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!