Biodata Sabri Yunus : Pelakon, Pelawak dan Pengarah Filem Terkenal

Baru-baru ini, warganet telah dikejutkan dengan berita pernikahan dua pelakon lagenda dari sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu Sabri Yunus dan Angeline Tan.

Mereka telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis pada 14 Oktober 2023. Meskipun sudah berkawan selama lebih 30 tahun, Sabri mendedahkan bahawa beliau dan Angeline mula rapat pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau juga melihat tempoh tersebut sebagai rahmat baginya dan bersyukur dapat akhiri zaman dudanya setelah 16 tahun pemergian isteri tercinta.

Pasti ramai yang ingin kenali suami Angelina dengan lebih lanjut. Oleh itu, ayuh kita ikuti biodata Sabri Yunus, seorang pelawak, pelakon, pengarah dan aktivis teater yang cukup popular di Malaysia.

Sabri Yunus

Biodata Sabri Yunus

Nama Penuh : Mohd Sabri bin Yunus

Nama Komersial : Sabri Yunus

Tarikh Lahir : 8 September 1961

Tempat Lahir : Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan

Umur : 62 tahun (2023)

Adik beradik : 7 orang (anak ketiga)

Isteri : Norraya Mohd Yusof (meninggal dunia 2007), Angelina Tan (berkahwin 14 Oktober 2023)

Anak : 3 orang anak kandung, 2 orang anak tiri

Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Melayu).

Instagram : @sabriyunus

Sabri Yunus

Perjalanan Karier

Bakat Sabri dalam seni lakonan sudah dapat dikesan sejak beliau di bangku sekolah lagi. Beliau dikatakan pernah memenangi sebuah pertandingan komedi di sekolah ketika usianya 14 tahun.

Menjadikan seniman S. Kadarisman yang terkenal dengan gaya lakonan unik sebagai idola, kehebatan Sabri dalam lakonan mula ditonjolkan apabila beliau menyertai sebuah teater berjudul Mayat yang dipetik dari Dewan Sastera. Ketika itu, beliau sedang menduduki Tingkatan Enam.

Filem pertama lakonan Sabri adalah Driving School yang disiarkan pada tahun 1990. Beliau kemudiannya muncul dalam beberapa filem arahan U-Wei Haji Saari antaranya Wanita Bertudung Hitam, Sayang Salmah, Jogho dan Hanyut.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, wajah Sabri juga cukup sinonim dalam menghiasi pelbagai drama dan sitkom popular tanah air antaranya Camni Camtu, 2+1, Nik & Nani, Kampung Jaguh dan Keluarga Baha Don.

Pelakon yang berasal dari Kelantan ini juga banyak terlibat dalam sitkom yang mengetengahkan seni dikir barat seperti Salam Pantai Timur, Karoot Komedia, Karoot Komedia X dan Panggung Karoot Pok Ya.

Pada masa yang sama, Sabri juga banyak melibatkan diri dalam teater antaranya Wangi Tak Saksi, Patah Sayap Terbang Jua, Tok Selampit dan Matinya Seorang Pahlawan.

Sabri Yunus turut mendapat perhatian warganet menerusi drama bersiri Pok Ya Cong Codei dan 16 Puasa terbitan Astro.

Selain drama bersiri Pok Ya Cong Codei, Sabri turut mengarahkan beberapa filem, telefilem dan drama popular antaranya Sanggul Beracun, Duan Nago Bogho, Am’ma dan Dukun Doktor Dani.

Sabri Yunus

Atas bakat dan pengalamannya yang luas dalam bidang seni, beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mentor dalam beberapa program komedi iaitu Raja Lawak Astro Musim Pertama dan Mega Spontan.

Anugerah

  • Anugerah Skrin 2011 (Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TVTerbaik, Videografi Terbaik) – Sanggul Beracun
  • Anugerah dan Filem Festival Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 – Anugerah Semangat Asean Spirit (Duan Nago Bogho)
  • Pelakon Terbaik
  • Duta Anak Seni Kelantan

Sama-sama kita doakan supaya perkahwinan Sabri Yunus dan Angelina Tan kekal sehingga ke jannah. Untuk ketahui perkembangan terkini Sabri, sila ikuti laman Instagramnya di @sabriyunus.

Baca Juga : Biodata Angeline Tan, Pelakon dan Pelawak Popular

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!