Biodata Lengkap & Fakta Menarik Ahli Blackpink

Biodata Lengkap & Fakta Menarik Ahli Blackpink

Blackpink adalah kumpulan K-Pop wanita kedua yang dilahirkan oleh YG Entertainment selepas 2NE1.

Diperkenalkan pada 8 Ogos 2016, kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa ini segera menambat hati penggemar muzik K-pop di serata dunia dengan album tunggal pertama iaitu Square One.

Perkataan ‘Black’ dan ‘Pink’ dalam kumpulan ini melambangkan kehebatan wanita yang tidak sahaja dinilai dari kecantikan luaran (signifikasi warna merah jambu) malah juga dari bakat semulajadi mereka (signifikasi dari kekuatan warna hitam).

Selain berbakat dalam menyanyi, mereka juga merupakan model profesional dan menjadi wajah utama bagi beberapa jenama fesyen terkenal dunia. Sesetengah dari mereka juga pernah berlakon dan berpengalaman membintangi drama.

Pada 4 Mac lalu, mereka telah bertandang ke Malaysia untuk mengadakan jelajah konsert Born Pink di Stadium Nasional Bukit Jalil. Acara tersebut telah dihadiri oleh lebih 60,000 peminat Blackpink!

Khas untuk semua BLINKS (gelaran bagi peminat Blackpink) di luar sana, berikut kami kongsikan biodata Blackpink serta latar belakang bagi setiap ahli.  

Blackpink

Biodata Ahli Blackpink

Jisoo

  • Nama Sebenar: Kim Ji Soo
  • Nama Pentas: Jisoo
  • Nama Samaran: Chi Choo, Jichu
  • Tempat Lahir: Seoul, Korea Selatan
  • Tarikh Lahir : 3 Januari 1995
  • Umur : 29 tahun (2023)
  • Warganegara: Korea Selatan
  • Tinggi: 162 cm
  • Berat: ± 45 kg
  • Jenis Darah: A
  • Bilangan Adik Beradik: 2
  • Peranan Dalam Kumpulan: Vokalis utama
  • Keistimewaan: Bermain dram dan piano, berlakon
  • Tempoh Latihan Sebelum Debut : 5 tahun

Fakta Menarik Jisoo :

  • Sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon drama Ahn Bo Hyun.
  • Merupakan duta fesyen dan produk kecantikan jenama antarabangsa, Dior
  • Sangat meminati Pikachu dan mengumpul banyak barangan Pikachu.
  • Sebelum debut, beliau pernah muncul dalam video muzik artis YG lain seperti Epic High (Spoiler) dan Hi Suhyun feat Bobby (I’m Different).
  • Merupakan pelakon wanita utama dalam drama Snowdrop dan digandingkan bersama pelakon kacak, Jung Haein.

Jennie

  • Nama Sebenar: Jennie Kim
  • Nama Pentas: Jennie
  • Nama Samaran: Jendeuk-ie, Jenjen, Nini, Jerry, Human Chanel
  • Tempat Lahir: Anyang, Korea Selatan
  • Tarikh Lahir : 16 Januari 1996
  • Umur : 28 tahun (2023)
  • Warganegara: Korea Selatan
  • Tinggi: 163 cm
  • Berat: ± 50 kg
  • Jenis Darah: B
  • Jumlah Adik Beradik: 0
  • Peranan Dalam Kumpulan: Penyanyi rap, Vokalis utama.
  • Keistimewaan: Rap, Vokal, Menari, bermain piano dan seruling.
  • Tempoh Latihan Sebelum Debut : 5 tahun dan 11 bulan
Blackpink

Fakta Menarik Jennie

  • Sebelum debut, beliau pernah berkolaborasi dengan artis YG lain antaranya Seungri (GG Be), Lee Hi (Special) dan G-Dragon (Special).
  • Fasih dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Korea.
  • Beliau membesar di New Zealand dan berjaya dalam uji bakat YG ketika agensi hiburan tersebut melakukan ujibakat di negara tersebut.
  • Muncul dalam lakonan pertama di drama HBO The Idol.
  • Merupakan duta global bagi jenama Chanel.

Rosé

  • Nama Sebenar: Park Chae Young
  • Nama Inggeris: Roseanne Park
  • Nama Pentas: Rosé
  • Nama Samaran: Rosie
  • Tempat Lahir: Auckland, New Zealand  
  • Tarikh Lahir : 11 Februari 1997
  • Umur  : 26 tahun (2023)
  • Warganegara: Korea Selatan
  • Tinggi: 168 cm
  • Berat: ± 46 kg
  • Jenis Darah: B
  • Jumlah Adik Beradik: 1
  • Peranan Dalam Kumpulan: Vokalis utama, Penari utama
  • Keistimewaan: Berbakat bermain piano dan gitar.
  • Tempoh Latihan: 4 tahun dan 2 bulan.

Fakta Menarik Rosé

  • Rosé lahir di New Zealand namun membesar di Melbourne, Australia.
  • Sebelum debut, beliau pernah berkolaborasi dengan G-Dragon menerusi lagi Without You.
  • Pernah menyertai kumpulan sorak dan menyertai kumpulan koir gereja ketika bersekolah.
  • Dilantik sebagai duta global bagi jenama Yves Saint Laurent Beauté (YSL) sejak 2020.

Lisa

  • Nama Sebenar: Pranpriya Manoban / Lalisa Manoban
  • Nama Pentas: Lisa
  • Nama Samaran: LalliceNallalisaJolisaLalizPokpak
  • Tempat Lahir: Bangkok, Thailand
  • Tarikh Lahir : 27 Mac 1997
  • Umur : 26 tahun (2023)
  • Warganegara: Thai
  • Tinggi: 167cm
  • Berat: ± 46 kg
  • Jenis Darah: O
  • Jumlah Adik Beradik: 0
  • Peranan Dalam Kumpulan:Tukang Rap utama, Penari utama, Pembantu Vokal
  • Keistimewaan: Breakdancing, Menari
  • Tempoh latihan sebelum debut: 5 tahun dan 3 bulan.
Blackpink

Fakta Menarik Lisa

  • Berkebolehan untuk bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Thai, Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun.
  • Merupakan teman rapat kepada Bambam dari GOT7 sejak kecil. Mereka juga merupakan anggota dalam krew tarian We Zaa Cool.
  • Bapa tirinya merupakan seorang chef terkenal dari Switzerland.
  • Dilantik sebagai duta global bagi jenama mewah Celine sejak 2020.
  • Selain muncul dalam muzik video Ringa Linga, Lisa juga berkolaborasi dengan Taeyang (Bigbang) untuk lagu berjudul Shoong!
Blackpink

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai BLACKPINK, sila ikuti laman rasmi media sosial mereka di :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!