Skip to content
No results
  • Biodata
    • Artis
    • Influencer
    • Tokoh Agama
    • Ahli Politik
    • Atlet
  • Hiburan
    • Movie
      • Review
    • Drama
      • Trailer
      • Sinopsis
      • Pelakon
    • TV Series
      • Ranking
      • What To Watch
    • Realiti TV
    • Anugerah
      • AJL
      • ABPBH
    • Konsert & Festival
  • Gaya Hidup
FUH.MY
  • Biodata
    • Artis
    • Influencer
    • Tokoh Agama
    • Ahli Politik
    • Atlet
  • Hiburan
    • Movie
      • Review
    • Drama
      • Trailer
      • Sinopsis
      • Pelakon
    • TV Series
      • Ranking
      • What To Watch
    • Realiti TV
    • Anugerah
      • AJL
      • ABPBH
    • Konsert & Festival
  • Gaya Hidup
FUH.MY
Utama Bantuan

MySTR Login Semakan,Bayaran STR Fasa 3 & Rayuan STR

  • junaidyjunaidy
  • June 24, 2023
  • Bantuan
mystr

Tarikh akhir Login MySTR rayuan dan kemaskini maklumat data STR 2023 ialah pada 31 Julai 2023 bagi semakan status yang tidak layak STR Fasa 3.

Manakala bagi semakan yang layak menerima sumbangan tunai rahmah fasa 3, tarikh pembayaran STR Fasa 3 akan mula dibayar dan dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 26 Jun 2023.

Jumlah bayaran pula *str tambahan RM100, bagi kategori berkeluarga RM200 – RM 800 mengikut kelayakan isi rumah dan RM100 untuk kategori bujang.

Pembayaran Fasa 3 STR 2023

tarikh bayaran str fasa 3

Tarikh pembayaran STR fasa 3 adalah seperti berikut

  • Ada Akaun – Bayaran mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023.

Portal MySTR

Merupakan portal rasmi yang disediakan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHNDM) bagi tujuan kemudahan orang ramai untuk membuat semakan, kemaskini dan permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Portal ini boleh di akses mulai 17 Januari 2023 melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MySTR Register (Pendaftaran Baru) & Kemaskini

mystr pendaftaran kemaskini

Proses untuk permohonan baru dan kemas kini STR telah bermula pada 01 Mac 2023 dan tarikh tutup permohonan baru pada 31 Mac 2023*.

Kaedah permohonan secara online di buka : Mulai 01 Mac 2023, manakala pendaftaran baru dengan pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan. di buka mulai 08 Mac 2023.

Sekiranya anda terlewat untuk membuat tindakan bagi permohonan baru MySTR, secara automatik anda tidak layak untuk menerima bayaran bagi STR Fasa 2, STR Fasa 3, STR Fasa 4 dan STR Tambahan (untuk kategori yang tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih )

Tarikh Bayaran MySTR Fasa 3

mystr fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 sumbangan tunai rahmah akan disalurkan mulai 26 Jun 2023.

Semakan MySTR

Untuk semakan status kelayakan pembayaran MySTR fasa 3 semakan boleh dibuat mulai 26 Jun 2023. Sila klik Log Masuk MySTR untuk semakan lanjut. Semakan boleh di buat dengan kaedah berikut ;

MySTR Semakan Fasa 3

  • Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Pilih menu Log Masuk 
  • Klik Semakan Pembayaran Fasa 3;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • iv. Masukkan Kata Laluan
  • v. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 3
  • vi. Maklumat yang akan dipaparkan
    • a. Nama Pemohon
    • b. No Mykad Pemohon
    • c. Status Permohonan
    • d. Maklumat Pembayaran Fasa 3 (berdasarkan data kemaskini dan permohonan baru)

Semakan MySTR 2023 Melalui Aplikasi

Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau

Semakan MySTR 2023 Melalui Panggilan Telefon

Anda boleh menghubungi ;

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

Semakan Melalui Kaunter LHDNM

Anda boleh hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Cara Login MySTR

  • Maklumat MySTR Fasa 3 adalah berdasarkan maklumat yang telah dikemaskini dan data baru bagi permohonan STR yang telah dibuat pada Mac 2023 yang lalu.
  • Pendaftaran MySTR
mystr login
  • Layari portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
  • Masukkan Maklumat Keselamatan.
  • Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
  • Pendaftaran berjaya

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Rayuan MySTR

rayuan str 2023

Untuk makluman, bagi penerima BKM 2022, anda tidak perlu untuk membuat kemaskini STR 2023. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.

Manakala bagi semakan status STR Fasa 3 yang tidak layak, rayuan mystr boleh dibuat bermula 3 Julai 2023 sehingga tarikh tutup 31 Julai 2023.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang rayuan str yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Terlupa Kata Laluan MySTR

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Permohonan MySTR

Sekiranya selepas anda memakan pada menu Log Masuk MySTR tetapi mesej yang dipaparkan adalah “Tidak Layak Fasa 1 STR” atau “Tiada Rekod”.

Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda bukan penerima BKM 2022 sebelum ini.

Permohonan baru mulai 1 Mac 2023 dan tarikh tutup permohonan baru pada 31 Mac 2023.

Syarat kelayakan MySTR permohonan baru, anda boleh semak di permohonan baru str .

Notis Amaran

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan semakan kelayakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah penerima.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

TIADA CAJ yang dikenakan bagi semakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Penerima dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Penerima dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan semakan untuk Login MySTR 2023 anda boleh rujuk terlebih dahulu Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/ yang boleh di akses mulai tarikh 17 Januari 2023 .

Atau anda jugaboleh hubungi ;

Hotline LHDNM

  • 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 456

Soalan Lazim F.A.Q


Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 3?

Bayaran akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 26 Jun 2023

Bagaimana untuk login MySTR Fasa 3?

Layari website https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 3

RM200 -RM800 untuk kategori isi rumah dan RM100 untuk kategori bujang dan warga emas

Rayuan STR 2023

Permohonan rayuan STR boleh dibuat bermula 3 Julai 2023 sehingga tarikh tutup 31 Julai 2023.
Rayuan boleh dibuat secara online atau menggunakan borang rayuan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!

Artikel berkaitan:

Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara

Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara Johor

penangguhan-bayaran-balik-ptptn

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

i fitri perantau

I-Fitri Perantau 2023 Terengganu Permohonan & Syarat

bantuan ibu bersalin sarawak

Bantuan Ibu Bersalin Sarawak RM450 | Borang Permohonan & Semakan

FUH.MY

Site Links

  • About Us
  • Privacy Policy
  • Advertise
  • Contact Us

Our Sites

  • eCentral
  • Student Portal
  • Taqwa
  • Semakan Online
  • Harian Post

2025 © FUH.my is part of Serba Digital publishing family. Serba Digital Sdn Bhd 201801017213 (1279229-A)