Permohonan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah

Permohonan STR baru dan kemaskini permohonan STR 2023 Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah kini boleh di buat menerusi portal rasmi LHDN.

Permohonan BARU Sumbangan Tunai Rahmah boleh di buat secara online mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023, manakala permohonan str manual (kertas mulai) 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini data untuk Penyerahan Dalam Talian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

“Ini bagi memastikan mereka yang layak atau tidak dalam pangkalan data kerajaan boleh mengemukakan permohonan mereka sendiri selain membolehkan penerima sedia ada mempunyai fleksibiliti,” kata MoF. Semasa pembentangan bajet 2023 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, STR 2023 akan membantu mengurangkan beban hidup hampir jika 9 juta orang akan mendapat manfaat daripada peluang itu. hampir RM8 bilion.

Bayaran STR Fasa 2 akan juga mulai di kreditkan secara berperingkat mulai bulan April 2023 kepada semua penerima yang layak.

Bagi kakitangan kerajaan, Bonus Penjawat Awam 2023 RM700 juga akan di kreditkan pada hari ini bersama-sama dengan gaji januari 2023

Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

“Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat”.

Selain itu Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan beberapa inisiaitf dan imbuhan lain kepada penjawat awam pada persidangan dewan parlimen pada disember yang lalu iaitu ;

  • Kerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas RM100, bantuan kewangan khas RM700 kepada penjawat awam
  • Kerajaan cadang salur bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini

Permohonan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah

permohonan str
kemaskini permohonan baru str
kemaskini permohonan baru str

Siapakah yang perlu membuat permohonan STR?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baru STR adalah seperti berikut:

  • i.Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • ii.Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • iii.Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Kemaskini Permohonan STR

Pemohon  yang  perlu membuat  kemas  kini permohonan STR    adalah seperti berikut:

  • i. Tidak mengemaskini  permohonan tiga tahun berturut-turut   sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  • ii. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Cara Buat Permohonan STR 2023

Permohan boleh dibuat secara online dan juga secara manual. Cara permohonan adalah seperti berikut ;

i. Permohonan Secara Dalam Talian

  • a. Layari Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  • a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau
  • b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Permohoan baru, atau kemaskini yang dibuat secara manual, anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:


Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Tarikh Tutup Permohonan STR

Tarikh tutup untuk permohonan str ialah pada 31 Mac 2023. Oleh itu bagi mereka yang layak untuk memohon sumbangan ini, diharap agar dapat membuat permohonan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup

Borang Permohonan STR

Anda juga boleh download borang permohonan str melalui pautan berikut

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Ialah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik

Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Tarikh Bayaran STR 2023 Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah

str 2023

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, pembayaran STR Fasa 1 akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Jumlah Bayaran STR Fasa 1

Jumlah bayaran Fasa 1 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, adalah seperti dalam jadual berikut ;

Kategori PenerimaKadar STR Fasa 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

Jumlah pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.

Pembaharuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dalam Belanjawan 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan beberapa pembaharuan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu.

Menurut beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan, beberapa pembaharuan telah diambil kira bagi memastikan golongan yang benar-benar terkesan mendapat manfaat di bawah program berkenaan.

Isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM 2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM 2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Selain itu, kerajaan juga akan memberikan sumbangan tambahan RM 600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Untuk makluman, sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan beserta baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM 600.

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga nilai maksimum RM 3,100.

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 – Fasa 4 (Kemaskini Belanjawan 2023)

Berikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan ;

Kategori Penerima
dan Had Umur
Pendapatan
Bulanan
(RM)
Bil. AnakFasa 1
Jan-23
(RM)
Fasa 2
Apr-23
(RM)
Fasa 3
Jul-23
(RM)
Fasa 4
Nov-23
(RM)
Jumlah Keseluruhan
Bayaran
STR 2023
(RM)
Isi Rumah
Tiada Had Umur
≤ 2,50003002003002001,000
1-23002004006001,500
3-43002006009002,000
≥ 53002008001,2002,500
2,501-5,000030020000500
1-23002001500650
3-43002002003001,000
≥ 53002002505001250
Warga Emas Sebatang Kara
≥ 60 tahun
≤ 5,0000100100200200600
Bujang
21-59 tahun
≤ 2,50001001001500350
Bujang OKU
19-59 tahun
≤ 2,50001001001500350

Kategori PenerimaPendapatanBil. AnakBayaran 1
Jul-23
Bayaran 2
Ogos-23
Bayaran 3
Sept-23
Bayaran 4
Okt-23
Bayaran 5
Nov-23
Bayaran 6
Dis-23
**Jumlah Bantuan
Tambahan STR 2023
(RM)
Jumlah Bantuan
Keseluruhan
STR 2023
(RM)
* Isi Rumah Miskin Tegar
Tiada Had Umur
(Tambahan RM600)
≤ PGK Miskin Tegar
RM1,169
01001001001001001006001,600
1-21001001001001001006002,100
3-41001001001001001006002,600
≥ 51001001001001001006003,100

Catatan:

  • *Senarai miskin tegar, adalah sepeti yang terdapat dalam sistem data dalam pangkalan data e-Kasih (ICU JPM) pangkalan data e-Kasih.
  • ** Sumbangan tambahan akan diberikan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas

Tarikh Bayaran STR 2023 Fasa 2,3,4

Menurut belanjwan 2023, tarikh pembayaran STR 2023 Fasa 2,3,4 bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :

  • Fasa 1 – Januari 2023
  • Fasa 2 – April 2023
  • Fasa 3 – Julai 2023
  • Fasa 4 -November 2023

Manakala tarikh bayaran tambahan STR untuk kategori miskin tegar :

  • Julai 2023
  • Ogos 2023
  • September 2023
  • Oktober 2023
  • November 2023
  • Disember 2023

*Walaubagimana pun tarikh sebenar pembayaran, akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman daripada *Kementerian Kewangan kelak

Semakan Status Permohonan STR 2023

Semakan status dan kemaskini STR Fasa 1 boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui beberapa cara seperti berikut

Semakan Status Permohnan STR 2023 Online

Semakan Status STR 2023 Melalui Aplikasi

Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau

Semakan Status Permohonan STR 2023 Melalui Panggilan Telefon

Anda boleh menghubungi ;

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

Semakan Permohonan STR Melalui Kaunter LHDNM

Anda boleh hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Kemaskini Permohonan STR 2023

Untuk makluman, bagi penerima BKM 2022, anda tidak perlu untuk membuat kemaskini STR 2023. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.

Kelayakan STR 2023 Fasa 1

Semua penerima BKM 2022, adalah layak untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 ini.

Persoalan kenapa tak layak STR fasa 1?

Anda bukan penerima BKM 2022, manakala bagi permohonan baru, permohonan belum boleh dibuat masa sekarang, dijangkakan permohonan STR 2023 akan dibuka selepas pembayaran STR Fasa 1 selesai dan sebelum pembayaran STR Fasa 2 di buat.

STR Fasa 2 hanya akan di ketahui selepas pembentangan semula Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan yang di jangka akan di bentangkan pada Februari 2023 nanti.

Sekiranya anda penerima BKM 2022, tetapi tidak dapat STR Fasa 1, selepas semakan, anda boleh berhubung terus dengan ;

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , anda boleh semak pada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/ yang boleh di akses mulai tarikh 17 Januari 2023

Soalan Lazim STR 2023

Bilakah pendaftaran baru STR akan dibuka?

Pendaftaran STR boleh dibuat:

  • i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  • ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  • *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Siapakah yang perlu membuat permohonan STR?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Bilakah Pembayaran STR Fasa 1?

  • Ada Akaun – Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023

Berapakah amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak?

  • Isi Rumah – RM300
  • Warga emas tiada pasangan -RM100
  • Bujang -RM100

Siapakah yang layak menerima pembayaran pada STR Fasa 1?

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

Adakah saya perlu mengemaskini permohonan STR terlebih dahulu sebelum menerima pembayaran Fasa 1?

Tidak. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.

Bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 1?

Pembayaran STR Fasa 1 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir BKM 2022 seperti berikut:

  • i. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  • ii. Tunai di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • a. Pembayaran terakhir BKM 2022 adalah secara tunai
    • b. Status pengkreditan gagal kredit
    • c. Tiada maklumat akaun bank.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya adalah penerima bayaran STR Fasa 1?

Semakan status bayaran boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui:

  • i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 1; atau
  • ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  • iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Saya membuat semakan pada menu Log Masuk MySTR tetapi mesej yang dipaparkan adalah “Tidak Layak Fasa 1 STR” atau “Tiada Rekod”. Apakah yang dimaksudkan dengan status tersebut?

Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda bukan penerima BKM 2022 sebelum ini. (Rujuk Soalan 3)

Akaun bank yang saya telah daftarkan semasa BKM 2022 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 1 yang saya akan terima?

Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya status pengkreditan fasa terakhir BKM 2022 adalah berjaya kredit. Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.

Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran STR Fasa 1?

Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran Fasa 1 dibuat.

Penerima BKM 2022 telah meninggal dunia pada tahun 2022 tetapi menerima bayaran STR Fasa 1. Adakah pasangan / waris yang didaftarkan layak menerima bayaran tersebut?

Layak. Pasangan / waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan seperti di Soalan 15. Walau bagaimanapun, keutamaan penunaian adalah kepada pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam jawapan 15 (iv) diperlukan sekiranya pasangan tidak dapat hadir membuat penunaian.

Sekiranya penerima dan pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran STR Fasa 1?

Tidak. Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022

Sekiranya penerima BKM 2022 bagi kategori Bujang / Warga Emas tiada pasangan telah meninggal dunia pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran STR Fasa 1?

Tidak. Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

Adakah waris dibenarkan untuk membuat penunaian bagi penerima yang uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN dan siapakah yang dibenarkan untuk menjadi waris berkenaan?

Ya. Waris dibenarkan untuk membuat penunaian bagi pihak penerima pembayaran secara tunai sahaja. Waris yang dibenarkan untuk penunaian adalah waris yang telah didaftarkan oleh penerima semasa BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan berikut:

  • i. Pasangan
  • ii. Ibu / Bapa
  • iii. Anak
  • iv. Adik-Beradik
  • v. Cucu

Walau bagaimanapun, keutamaan penunaian adalah kepada pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam Jawapan 15 (iv) diperlukan sekiranya pasangan tidak dapat hadir membuat penunaian. Bagi pembayaran secara pengkreditan ke akaun, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.

Bagi pembayaran secara pengkreditan ke akaun, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian STR Fasa 1 di BSN?

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut:

  • i. Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima;
  • ii. Kad pengenalan (asal) waris: dan
  • iii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian:

  • a. Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti); atau
    • Tempoh masa Surat Pengesahan: Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara: atau
    • Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023)
  • b. Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara; atau
  • c. Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
  • d. Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
  • e. Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!