MyKid JPN 2022 | Cara Memohon & Dokumen Diperlukan
MyKid JPN 2022 | Cara Memohon & Dokumen Diperlukan ~ Untuk makluman ibu bapa yang mempunyai anak kelahiran 2020 / 2021 dan belum mempunyai MYKID, kini anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan MYKID tersebut.
Permohonan boleh dibuat secara walk in terus tanpa perlu membuat temu janji.
MyKid JPN 2022
MyKid adalah merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan MyKid
1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
3. Mudah dibawa kerana saiznya yang kecil.
4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
Dokumen yang diperlukan:
1) Salinan IC bapa
2) Salinan IC ibu
3) Salinan sijil lahir
4) Salinan sijil kahwin
5) Sijil kahwin original
6) Sijil lahir original
Cara Memohon
Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut: https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan
Kemudian, seperti biasa,sila ambil nombor giliran di kaunter dan tunggu nombor anda dipanggil.
NOTA: Ibu atau bapa SAHAJA yang boleh buat permohonan MyKid untuk anak.
Cara Semakan Status Online
Untuk semakan status permohonan online, sila rujuk pautan berikut: http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/
Atau, telefon: 03-8000 8000 / Faks: 03-8880 8288