Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat

 Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat

Menjelang lebaran, pasti ramai yang ingin sampaikan ucapan kepada sahabat rapat dan keluarga sebagai pengganti diri.

Meskipun kaedah komunikasi semakin maju dengan adanya pelbagai platform seperti Whatsapp, Telegram dan TikTok, namun ucapan berbentuk pantun masih popular sehingga ke hari ini.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa pantun Hari Raya Aidilfitri khas buat anda yang ingin menyapa rakan dan sanak saudara yang bakal menyambut Syawal.

Baca Juga : Ucapan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa

pantun hari raya

Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Menarik

Burung cenderawasih terbang ke awan,

Hinggap sebentar di pohon cemara,

Maaf dan kasih kami sampaikan,

Ikhlas buatmu di Hari Raya.


Pergi ke rumah Pakcik Hamdan,

Dijamu dengan kuih keria,

Berakhir sudah bulan Ramadan,

Kini Syawal disambut meriah.


Buah keranji dalam perahu,

Masak sebiji di atas peti,

Sudah lama menahan rindu,

Semoga bertemu lebaran nanti.


Pergi ke desa mencari rotan,

Untuk membuat meja dan kerusi,

Kami sekeluarga ingin mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidifitri.


Jika kita tak sempat bersua,

Jika ada kata mengguris hati,

Semoga pintu maaf masih terbuka,

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.


Bulan Ramadhan bulan yang mulia,

Di sambut dengan hati yang gembira,

Kini syawal semakin menjelma,

Tangan ku hulurkan maaf dipinta.


Ada kalimah yang tak perlu disampaikan,

Ada juga perasaan yang ridak mampu diucapkan,

Kamu yang jauh tidak pernah ku lupakan,

Salam Aidilfitri, Selamat Menyambut Hari Lebaran.


Pulang ke kampung di malam hari,

Berangkat menuju ke Kampung Mantin,

Minal Aidil Wal Faizin,

Mohon maaf zahir dan batin.


Jambangan indah lagi berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,

Whatsapp dikirim pengganti diri,

Tanda ingatan tidak lupa dihati.


pantun hari raya

Buah nangka buah bidara,

Enak dimakan bersama rakan,

Selamat Hari Raya wahai saudara,

Semoga silaturrahim dapat dieratkan.


 Memukul gendang pelbagai gaya,

Amat meriah riang gembira,

Ramai bertandang di hari raya,

Tersenyum riang sanak saudara.


Sungai disusur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap maafkan.


Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia.


Beli minuman pelbagai perisa,

Untuk dihidang waktu berbuka,

Tak terasa sebulan berpuasa,

Akhirnya Aidilfitri berkunjung tiba.


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,

Lambaian Syawal Kian Dinanti,

Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,

Salah dan silap harap dimaafi.

Semoga perkongsian pantun Hari Raya ini dapat mendekatkan yang jauh dan merapatkan lagi hubungan anda dengan rakan dan keluarga. Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!