Cara Dapatkan Semula Duit Dalam Kad TNG Rosak / Expired

Kad Touch n Go rosak /expired/hilang? jangan risau anda boleh dapatkan refund semula duit dalam kad touch n go anda yang rosak atau expired dengan terma dan syarat.

Bagi pengguna kad touch n go, tarikh expired adalah selama 10 tahun dari tarikh kad anda di aktifkan. Selepas tempoh tersebut, anda perlu membuat pembaharuan kad untuk terus menikmati kemudahan yang disediakan

Cara Dapatkan Semula Duit Dalam Kad Touch n Go Rosak / Expired

Ada tiga keadaan di mana pemilik kad boleh memohon untuk refund semula duit dalam Kad TNG iaitu sekiranya ;

  • Caj yang salah dalam kad Touch ‘n Go
  • Kad tamat tempoh atau tidak aktif
  • Kad hilang

Walaupun begitu permohonan refund semula duit Kad TNG hanya boleh dibuat secara online menerusi portal.

Baca juga : Cara Tebus eBeliaRahmah Touch n Go

Cara Semak Tarikh Expired Kad Touch n Go

kad touch n go expired

Anda hanya perlu daftarkan kad di Portal Kad Touch ‘n Go https://tngportal.touchngo.com.my/#login untuk menerima emel peringatan tempoh sebulan sebelum kad anda tamat tempoh. Pautkan kad anda di aplikasi Touch ‘n Go

Tarikh Expired Kad TNC MyKad

kad touch n go expired

Setiap kad mempunyai tarikh luput. Untuk kad TNG (IC) mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun.

Sekiranya kad telah tamat tempoh, tidak boleh aktifkan semula.
Dia sarankan supaya membuat pembelian kad TNG baharu atau gantikan MyKad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

Menurut perkongisan Saadiah Badiazaman ES Work

Untuk semakan tarikh expired bagi pengguna Kad Touch n Go MyKad, semakan hanya boleh dibuat melalui portal ataupun di kaunter pejabat TNG di tol berhampiran

Syarat dan Terma Permohonan Refund Kad Touch n Go

Jenis AkaunButiran
Pemegang Akaun MalaysiaSila pastikan Nama Pemegang Akaun Bank dan ID Pelanggan anda sepadan dengan butiran pemilik kad berdaftar.
Pembayaran kepada Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
Bukan Pemegang Akaun MalaysiaPembayaran ke akaun bank asing akan dibuat melalui Pemindahan Telegraf (TT).
Sila pastikan Nama Pemegang Akaun Bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Kod Swift sepadan dengan butiran pemilik kad berdaftar
Bayaran balik kepada Akaun bukan Malaysia hanya terpakai untuk jumlah bayaran balik melebihi RM100.
Sentuh ‘n Go eDompetBayaran balik kepada Akaun bukan Malaysia hanya terpakai untuk jumlah bayaran balik melebihi RM100.
Bayaran balik kepada Touch ‘n Go eWallet hanya terpakai untuk akaun Touch ‘n Go eWallet yang disahkan
  • Permohonan akan diproses dalam masa (14 hingga 30) hari dari tarikh penyerahan
  • Untuk permintaan bayaran balik kad Touch ‘n Go yang hilang/dicuri, amaun yang layak untuk bayaran balik adalah berdasarkan baki kad yang tersedia pada tarikh penyerahan borang bayaran balik.

Cara Isi Borang Refund Kad Touch n Go Online

Setalah anda baca dan faham syarat dan terma di atas, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk isi borang permohonan online refund baki duit dalam kad touch n go anda ;

  • Layari portal https://tngportal.touchngo.com.my/
  • Daftar akaun dan isikan maklumat seperti no siri kad touch n go, warganegara dan juga no. kad pengenalan/passport
  • Klik “Proceed”
  • Seterusnya, lengkapkan maklumat berkenaan permohonan bayaran balik kad TNG seperti Refund Request, Reason Code, Card with Deposit dan Refund Payment Method dengan betul.
  • Selepasa itu, klik pada butang “Submit”.
  • Akhir sekali, pengguna akan menerima emel berkenaan permohonan bayaran balik TNG diproses

Semakan Status Refund Kad TNG

Untuk semakan, sama ada refund telah berjaya dibuat, anda boleh terus semak melalui semakan baki akaun bank anda, atau anda juga boleh buat semakan melalui portal https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund/

  • Klik pada butang “Track my eRefund status”.
  • Masukkan nombor rujukan yang telah diterima oleh pengguna menerusi emel apabila membuat permohonan.
  • Akhir sekali, status permohonan akan dipaparkan kepada pengguna.

Tempoh pembayaran semula kredit ke akaun bank /ewallet pengguna akan mengambil masa (14 hingga 30) hari dari tarikh penyerah

Cara Batalkan Kad Yang Rosak

kad touch n go rosak

Batalkan kad Touch n Go anda yang rosak dengan mengikut langkah berikut ;

  • Daftarkan kad anda di Portal Kad Touch n Go
  • Laporkan dan mohon pemulangan baki di laman web Touch n Go
  • Pilih jenis pemulangan baki “card Termination” dan Faulty senagai kod sebab dan isikan butiran dengan lengkap
  • Kad anda akan disekat selepas 24 jam dari tarikh anda menghantar laporan. Jumlah baki nilai terakhir kad selepas 24 jam akan dipulangkan dalam masa 14 hari (atau 30 hari sekiranya semakan lanjutan di perlukan) dari tarikh permohonan eRefund di buat

Penggantian

Dapatkan pengantian segera di kaunter Pusat Servis dan Jualan Touch n Go di Bangsar south dan NU Sentral

PEngantian boleh dilakukan jika kad anda ialah kad versi baharu (dikeluarkan pada atau selepas Januari 2014) dan cip dalam kad boleh dibaca. Harga kad baharu RM10.00 akan ditolak daripada baki kad jika kad tidak lagi dalam tempoh jaminan (30 hari dari tarikh pembelian)

Jika kad anda ilah kad versi lama atau cip dalam kad tidak boleh dibaca, pulangkan kad di kaunter kami dan baki kad akan dikembalikan kepada anda. Anda boleh membeli kad baharu selepas laporan di buat

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai refund Kad Touch n Go rosak, expired atau hilang, anda juga boleh hubungi live chat TNG di portal https://www.touchngo.com.my/ atau hubungi melalui ;

Pejabat Touch n Go Bangsar South

Ground floor, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu bekerja

  • Mon-Fri (Working days only)
  • 9.00am – 5.00pm

NU Central

Lot L2.07, Level 2, Nu Sentral Shopping Mall, No. 201 Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.

Waktu bekerja

  • Mon-Sun (Including Public Holidays)
  • 10.00am – 10.00pm
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!