MyJanjiTemu | Cara Buat Temujanji Online JPN 2022

MyJanjiTemu | Cara Buat Temujanji Online JPN 2022 ~ Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai urusan melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda boleh membuat temujanji terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda dan tidak perlu beratur panjang!

MyJanjiTemu

MyJanjiTemu adalah sistem temujanji atas talian dan merupakan inisiatif pihak kerajaan bagi  mengelakkan jumlah yang hadir di agensi kerajaan secara walk in tidak terkawal. 

Melalui MyJanjiTemu ini, anda boleh menyelesaikan bermacam-macam urusan anda dengan mudah dan cepat. Semua perkhidmatan urusniaga JPN boleh dilakukan melalui temu janji online ini. 

Walaubagaimanapun, Perkhidmatan Tanpa Janji Temu di pejabat JPN bagi pejabat JPN di negeri yang telah berada pada fasa 3 & 4 PPN, kehadiran pelanggan secara walk in diterima berdasarkan kapasiti dan keupayaan pejabat dari aspek pematuhan penjarakan fizikal.

MyJanjiTemu

Cara Buat Temujanji Online 

Sila tentukan tarikh yang anda ingin datang, dan cawangan negeri mana yang anda ingin pergi. 

Sekiranya anda sudah buat appointment dan daftar melalui MyJanjiTemu, anda tidak boleh sama sekali tukar ke tarikh yang lain. Anda dikehendaki untuk memohon semula tarikh yang baru untuk temujanji yang baru. 

Waktu Operasi Kaunter

Sila semak waktu operasi kaunter mengikut negeri dan cawangan di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/my/pengumuman/569-waktu-operasi-kaunter

Terma Dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
  1. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.
  2. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (rujuk portal JPN bagi maklumat Operasi Pejabat).
  1. Pemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat.
  1. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
  1. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.
  1. Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.
  1. Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa.
  1. Perkhidmatan Sistem MyJanjitemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi:

Teknikal : [email protected] 

Am: 03-8880 7077

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!