BelanjawanKu 2023 KWSP Panduan & Aplikasi

Panduan BelanjawanKu 2023 Terkini & Aplikasi KWSP Mobile App Panduan Belanjawan Individu & Keluarga Malaysia

Bagi membantu rakyat Malaysia untuk merancangan perbelanjaan di kala keadaan ekonomi yang semakin membebankan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya sekali lagi telah berjaya menerbitkan panduan BelanjawanKu.

Bagi memudahakan rakyat Malaysia untuk merekod dan melihat perebelanjaan dan perancangan ekonomi keluarga, BelanjawanKu turut hadir dalam versi Aplikasi Mobile yang telah di rasmikan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Mobil Belanjawanku ialah, ianya berfungsi menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum untuk pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan untuk isi rumah yang berbeza

Apa Itu BelanjawanKu

belanjawanku 2023

BelanjawanKu merupakan singkatan bagi “Belanjawan Rujukan untuk Rakyat Malaysia”. Ianya merupakan panduan perbelanjaan yang dibuat berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

BelanjawanKu juga mengandungi garis panduan perbelanjaan yang memaparkan anggaran perbelanjaan minimum bulanan untuk setiap kategori barangan dan perkhidmatan bagi pelbagai isi rumah di Malaysia

Panduan ini dioalah berdasarkan kaedah perbelanjaan barangan dan perkhidmatan yang sebenar oleh isi rumah di kawasan-kawsan Lembah Klang dan bandar-bandar pilihan.

Sebagai peringatan buku panduan ini bukanlah muktamad tetapi diharap dapat membantu anda merancang kewangan untuk mengenal pasti perbelanjaan yang penting

BelanjawanKu memberikan indikasi tahap minimum perbelanjaan yang diperlukan oleh orang awam untuk memperolehi kehidupan yang lestari dan bermakna

Definisi Gaya Hidup Wajar

  • Mempunyai wang yang secukupnya untuk keperluan harian
  • terlibat secara langsung dengan aktiviti komuniti dan pertemuan keluarga dan rakan-rakan
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas dan penuh makna

Bagaimana BelanjawanKu boleh Membantu Anda?

belanjawanku 2023
  • Membantu rancang belanjawan diri dan keluarga
  • Menyusun atur tanggungan hutang
  • Meningkatkan kesiap-siagaan kewangan untuk perkara luar jangka

Belanjawanku tidak seharusnya dilihat sebagai piawaian untuk apa yang perlu dibelanjakan. dokumen ini hanya memberikan garis panduan untuk perbelanjaan minimum yang anda perlu

Aplikasi BelanjawanKu

belanjawanku app

Aplikasi Mobile Belanjawanku 2023 boleh digunakan untuk membantu anda merancang belanjawan peribadi dan keluarga anda untuk mencapai taraf hidup yang munasabah. Ia juga boleh digunakan untuk membandingkan perbelanjaan sebenar anda dengan anggaran perbelanjaan bulanan minimum, dan untuk mengenal pasti kawasan yang anda mungkin boleh menjimatkan wang.

Panduan ini tersedia dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Anda boleh memuat turunnya dari laman web KWSP atau dari aplikasi mudah alih Belanjawanku.

Untuk muat turun aplikasi Belanjawanku Mobile app, anda boleh muat turun melalui ;

Bagaimana menggunakan BelanjawanKu?

Anda boleh ikut panduan langkah-langkah penggunaan BelanjawanKu seperti berikut ;

  1. Pilih bandar tempat kediaman anda
  2. Pilih kategori isi rumah anda
  3. Semak anggaran belanjawan mengikut kategori
  4. Gunakan anggaran belanjawan sebagai garis panduan perbelanjaan bulanan
  5. Rujuk anggaran belanjawan bagi kategori lain untuk perancangan kewangan masa depan

Perbelanjaan Lazim

Makanan

Makanan dan minuman bukan beralkohol yang erdii daripada barangan runcit untuk memasak di rumah, makan diluar dan di bawa pulang

Tempat Tinggal

  • Bujang – Kos adalah berdasarkan kepada sewa bulanan bagi bilik yang dilengkapi perabot
  • Berkahwin /Keluarga /Ibu dan Bapa Tunggal – Kos adalah berdasarkan bayaran balik pinjaman perumahan /sewa bulanan, yang mana lebih rendah
  • Warga Emas -Kos adalah berdasarkan kepada bayaran balik pinjaman perumahan bagi rumah yang dibeli 20-30 tahun yang lepas atau sewa bulanan semasa, yang mana lebih rendah
  • Lokasi tempat tinggal adalah dalam lingkungan 30 km dari pusat bandaraya

Kesihatan

  • 3 x lawatan ke klinik swasta (pengamal perubatan am)
  • 1 x lawatan ke doktor gigi swasta dalam tempoh setahun untuk rawatan penyakit biasa atau kecederaan bukan akut (jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan)

Utiliti

  • Terdiri daripada bil air, elektrik,telefon pra/pasca bayar /internet /data peribadi dan TV Astro

Penjagaan Anak

  • Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah – penjaan bayi,lampin, susu dan manakan bayi
  • Kanak-kanak 7-13 tahun -termasuk jagaan harian, wang saku,tuisyen,kelas agama dan aktiviti kokurikulum

Simpanan Peribadi

  • Jumlah yang diperuntukan bagi setiap isi rumah adalah berdasarkan perbincangan berfokus dengan peserta mengikut keupayaan mereka untuk menyimpan serta jumlah yang dianggap mencukupi

Perbelanjaan Khusus

  • Teridiri daripda kos penyelenggaraan kenderaan, cukai jalan & insurans, yuran pendaftaran sekolah, pakaian & kasut, penyelenggaran dan ansruan bulanan perabot & perkakas rumah (jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan)

Penglibatan Sosial

  • Termasuk sambutan perayaan,sambutan hari lahir, ulang tahun, jemputan ke masjlis perkhawinan dan sebagainya (Jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan)

Perbelanjaan Pilihan

  • Termasuk sumbangan kepada ibu bapa, insurans perubatan, sukan dan rekareasi serta percutian, bergantung pada keutamaan individu (jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan

Pengangkutan

  • Pengangkutan awam -semua jenis pengangkutan awam yang mengunakan tiket bermusim atau pas bulanan (jika ada)
  • Kenderaan persendirian -termasuk ansuran bulanan pinjaman kenderaan, minyak, tol lebuh raya dan caj parkir

Penjagaan Diri

  • Merangkumi penjagaan badan, rambut dan kebersihan intim wanita,kebersihan oral dan dandanan asas

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BelanjawanKu 2023, anda juga boleh muat turun buku laporan dalam bentuk pdf

Download

Baca juga : Pengeluaran Berkala KWSP Secara Bulanan Pesara

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!