MyKasih 2023 : Semak Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Semakan MyKasih 2023 untuk status kelayakan sumbangan asas rahmah (SARa) boleh dibuat boleh dibuat dengan cara login str

Permohonan bantuan MyKasih 2023  Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah secara automatik iaitu berdasarkan maklumat senarai penerima bantuan e-kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terkini bagi tujuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), bantuan akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima yang layak.

Apa Itu MyKasih

mykasih

MyKasih merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih sebuah pertubuhan organisasi bukan kerajaan yang di asaskan pada 2009 oleh oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan tujuan membantu keluarga dan pelajar yang miskin.

Melalui program ini bantuan diberikan secara cashless kepada penerima yang layak. Butiran penerima seperti yang terdapat di dalam MyKad akan didaftarkan dan disenaraikan di dalam sistem sebagai penerima bantuan.

Penerima bantuan akan menerima elaun bulanan yang boleh ditebus dengan hanya perlu menunjukan MyKad atau My Kasih mereka di kaunter bayaran kedai runcit atau pasar raya seluruh negara yang mengambil bahagian.

MyKasih 2023 Saluran Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Bagi melancarkan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah STR, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bekerjasama dengan MyKasih Foundation bagi tujuan tersebut

Semakan Status Kelayakan

Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah(SARa) ini boleh disemak melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

mykasih 2023 semakan status
Paparan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Semakan Status MyKasih 2023

Untuk semakan status MyKasih pula, anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima bantuan ini melalui pautan berikut  https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=

mykasih semakan status 2023

Senarai Kedai Runcit Untuk Tebus Baucer Bantuan

Terdapat lebih daripada 250 senarai kedai yang menjadi rakan runcit MyKasih di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco),Milimewa Super Stor, Bataras serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Anda juga boleh membuat semakan senarai pasaraya atau kedai runcit berhampiran anda di senarai kedai

Senarai Barangan Makanan Yang Boleh di Tebus

Penerima bantuan boleh membeli atau menebus barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan seperti berikut ;

  • Beras,
  • Mi,
  • Roti,
  • Biskut,
  • Telur,
  • Perasa,
  • Tepung,
  • Minyak masak,
  • Makanan dalam tin dan
  • Minuman

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah

Bagi Sumbangan Asas Rahmah, bantuan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 setiap bulan selama 6 bulan. Bantuan ini akan dikreditkan ke Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah;

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MyKasih 2023, anda juga boleh layari ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!