MyBas50 Johor Bahru Semak Jadual Perjalanan di Causeway Link

Daftar MyBas50 menerusi app atau kaunter (MyKad). Anda juga boleh menyemak jadual perjalanan menerusi Causeway Link.

MyBas50 merupakan satu lagi inisiatif kerajan melalui APAD untuk mengurangkan kos sara hidup di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari kepada warganegara Malaysia di Johor Bahru.

Apa Itu MyBas50

mybas50 johor bahru

Ianya merupakan satu pas perjalanan bas berharga RM50 yang menawarkan perjalanan tanpa had kepada Warganegara Malaysia untuk menaiki semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.

Pas Transit myBAS50 ialah RM50 untuk 30 hari.

Transit myBAS50 sedia untuk dilanggan mulai 13 Mac 2023 .

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah untuk layak melanggan myBAS50.

Cara Memohon

Terdapat dua cara untuk mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 iaitu melalui kaunter Causeway Link/ManjaLink atau secara dalam talian melalui aplikasi LUGO.

Melalui Telefon Pintar (Aplikasi LUGO)

mybas50 app
  1. Muat turun MyBas50 app yang dikenali sebagai aplikasi LUGO, daftar myBAS50 dan masukkan maklumat peribadi.
  2. Muat naik gambar MyKad dan selfie serta hantar permohonan.
  3. Tunggu pengesahan dan notifikasi kelulusan (dalam masa 24 jam).
  4. Pilih tarikh mula untuk myBAS50.
  5. Pilih cara pembayaran FPX atau debit/kredit. Selepas pembayaran RM50, anda boleh terus guna untuk 30 hari.
  6. Imbas kod QR setiap kali naik/turun myBAS Johor Bahru.


Melalui Kaunter (MyKad)

  1. Pergi ke kaunter Causeway Link/ManjaLink yang berikut:
    • JB CIQ
    • KSL City Mall
    • TF Value-Mart Nusa Bestari
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai
  2. Serahkan MyKad pada kaunter. Kakitangan akan ambil gambar MyKad dan foto anda.
  3. Beri maklumat peribadi kepada kakitangan kaunter untuk pendaftaran.
  4. Kakitangan kaunter akan membuat semakan untuk kelulusan.
  5. Pilih tarikh mula untuk myBAS50.
  6. Bayar RM50 untuk langganan 30 hari.
  7. Ianya akan diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum boleh digunakan.
  8. Sentuh MyKad setiap kali naik/turun bas myBAS Johor Bahru.

Konsesi MyBas

Perkhidmatan MyBAS Johor Bahru adalah pengangkutan awam terkini yang terdiri daripada 19 laluan untuk 5 koridor di Johor yang merangkumi Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian.

Projek ini adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dan dikawal selia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

jadual mybas50 causeway link

Untuk menyemak jadual perjalanan, anda boleh juga melayari https://www.causewaylink.com.my/mybas/en/route-schedule/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai insiatif MyBas50, anda juga boleh melayari website Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) https://www.apad.gov.my/ atau menerusi laman sosial ;

Baca juga : eRumah Johor : Semakan & Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!