eRumah Johor : Semakan & Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) boleh dibuat menerusi eRumah Johor . Portal eRumah Johor merupakan sistem permohonan perumahan negeri Johor secara online dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ Bahagian Perumahan).

Kerajaan Negeri Johor menawarkan Perumahan Rakyat Johor untuk meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis rumah mampu milik yang boleh dimohon di bawah eRumah Johor mengikut kadar pendapatan kelayakan masing-masing

eRumah Johor -Sistem Perumahan Johor

e rumah johor rumah mampu milik johor

Sistem Perumahan Johor ialah sebuah portal berkaitan hartanah Johor. Ianya merupakan sebuah portal online yang dikendali oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan Johor) untuk memudahkan proses pembelian rumah.

Menerusi portal hartanah Johor ini, anda boleh melihat maklumat berkenaan projek terkini, sebut harga/tender, panduan pinjaman perumahan, syarat dan cara permohonan perumahan, dan juga sebagai sebuah platform untuk memohon untuk projek perumahan.

Jenis Dan Ciri Rumah Yang Ditawarkan

e rumah johor rumah mampu milik johor

Berikut merupakan antara ciri-ciri perumahan yang akan ditawarkan oleh SUKJ Bahagian Perumahan:

  • kediaman 3 bilik tidur
  • dilengkapi 2 bilik air
  • berkonsep mesra keluarga dan selesa
  • dijual pada kadar harga yang mamp dimiliki oleh lapisan masyarakat

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

RMMJ adalah rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor, di bawah Projek Rumah Mampu Biaya (RMB).

Tujuan utamanya adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri Johor Cara untuk memohon rumah RMMJ boleh dibuat secara online menerui eRumah Johor

Bergantung kepada kelayakan pendapatan, anda boleh memohon perumahan melalui tiga jenis perumahan berikut:

01.Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)

e rumah johor rumah mampu milik johor

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Rumah Mampu Biaya Johor (RMB):

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Johor selama 10 tahun
  • Tidak melebihi had pendapatan seisi rumah:
    • RMB A – RM4,000
    • RMB B – RM6,000
    • RMB C – RM8,000
    • RMB D – RM10,000
    • KKS – RM13,000
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Hanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteri
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
  • Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
  • Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
  • Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran

02.Lot Bumiputera

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
  • Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon

03.Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk Sewa

Terdapat tiga jenis kelayakan berbeza untuk memohon Pogram Perumahan Rakyat, antaranya:

i. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon mestilah telah berkahwin, tetapi janda atau duda turut layak dipertimbangkan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman atau menduduki kuarters kerajaan.
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
  • Hanya bujang yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai tanggungjawab atau kematian ibubapa layak dipertimbangkan.
  • Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM4,000.

ii. Rumah Transit Belia Johor

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 – 30 tahun dan berkahwin.
  • Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
  • Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit yang dipohon.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000.
  • Janda dan duda tidak layak dipertimbangkan.

iii. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)

  • Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, dan peniaga sepenuh masa.
  • Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
  • Pemohon tidak berstatus muflis (Surat Pengesahan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia perlu dilampirkan).
  • Pemohon perlu mempunyai Modal Pusingan Perniagaan sebanyak RM5,000 dan lampiran penyata bank 3 bulan.
  • Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga.
  • Hanya perniagaan jenis Milikan Tunggal layak dimohon.
  • Perniagaan perlu didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Pemohon mesti tidak mempunyai kedai-kedai lain di Malaysia.
  • Pemohon digalakkan sediakan Profil Perniagaan.
  • Keutamaan diberi kepada penyewa yang menetap di kawan PPR yang berkenaan.

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Untuk mohon mana-mana projek Perumahan Johor yang ada, anda hanya perlu mengikuti langkah- langkah di bawah ni:

Langkah 1:
-Jika anda tidak mempunyai akaun maka anda perlu mendaftar akaun baru di pautan ini:
https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/id-DaftarAkaun.htm

Langkah 2:
– Kemudian log masuk ke akaun SUKJ
– Kemaskini maklumat peribadi

Langkah 3:
– Pilih projek perumahan
– Akhir sekali hantar permohonan

Bagi permohonan RMMJ, pemohon perlu menghantar dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Jika layak, pemohon akan dipanggil untuk proses pengundian.

Untuk permohonan PPR, hanya pemohon yang layak akan dipanggil balik untuk sesi temuduga.

Manakala untuk permohonan Lot Bumiputera, pemohon akan dimaklumkan untuk proses seterusnya.

Cara Semak Permohonan eRumah Johor

Bagi mengetahui bahawa permohonan anda berjaya atau tidak, pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui dua cara ini:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor
  2. Log masuk ke akaun eRumah Johor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’

Baucar RM1,000 Rumah Mampu Milik Johor

Kebiasaanya setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.

Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015.

Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

Baca juga : Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Taman Penaga Mewah

Syarat-syarat Kelayakan Penerima Baucer

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima baucer RM1,000:

  • Pembeli yang membeli Jenis Perumahan Komuniti Johor PKJ A, PKJ B dan RMMJ.
  • Projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduduki mulai pada 1 Januari 2015
  • Baucer ini hanya layak diberi SEKALI sahaja oleh pembeli dan pasangannya.

Nota: Pembeli-pembeli boleh menuntut baucar tersebut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) dan muat turun permohonan baucer di sini.

Baucar ini akan dibayar dalam tempoh 14 hari selepas borang permohononan tuntutan diserahkan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan, semakan eRumah Johor atau Rumah Mampu Milik Johor, anda boleh berhubung dengan pihak SUKJ Bahagian Perumahan melalui saluran berikut:

Alamat: Bahagian Perumahan Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.

No. Tel : 07-2666260 / 07-2666261

E-mel : [email protected] Facebook : SUKJ – Bahagian Perumahan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!