JKM: Jadual Bayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022

JKM: Jadual Bayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022 ~ Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan adalah untuk membantu dan meringankan beban hidup rakyat Malaysia terutamanya apabila ditimpa kesusahan. 

Bantuan Bulanan JKM

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini  disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

Antara objektif utama pemberian bantuan JKM ini adalah agar rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Jadual Bayaran

Bayaran bagi Bulan JANUARI 2022 pula akan dikreditkan kepada penerima mulai 1hb-10hb Januari 2022.

Untuk bulan seterusnya anda boleh rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

JKM

Cara Semakan Bayaran Bantuan Bulanan JKM Melalui eMaklum

Selain itu, sekiranya anda merupakan penerima tetap bayaran bantuan JKM, anda boleh membuat semakan bayaran bantuan  melalui eMaklum.

eMaklum; Sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.

Sila rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web eMaklum di pautan:  https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan nombor IC/no.akaun anda.
  3. Pilih tarikh semakan.
  4. Klik “Semak”.
  5. Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Anda boleh klik pada perincian untuk melihat detail atau memuat turun resit. 
JKM

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan/pertanyaan atau ingin menegtahui  keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana anda membuat permohonan bantuan ini. 

Atau, sila hubungi ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui talian berikut: 03 – 8000 8000

Alamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!