My Famous Ex-Boyfriend (Sinopsis, Barisan Pelakon, Waktu Siaran)
Drama My Famous Ex-Boyfriend bakal mengisi slot Megadrama di saluran Astro Ria. Yang menariknya tentang drama bersiri ini adalah ia bakal menjadi drama lakonan pertama bagi penyanyi popular, Hael Husaini.
Beliau juga akan menyumbangkan suara bagi runut bunyi drama ini yang berjudul Diam.
Pada masa yang sama, drama ini turut dibintangi oleh pelakon baharu yang popular iaitu Nadhir Nasar dan Qasrina Karim.
Bagi yang belum tahu, drama berdurasi 24 episod ini merupakan adaptasi daripada novel Petrichor dari Korea hasil karya Nurul Syahida Kamaruddin.
Drama arahan Hadith Omar ini bakal menyusul setelah berakhirnya tayangan drama One Million Dollar Voice.
Ia bakal mengutarakan isu sosial yang kerap berlaku pada masa dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda iaitu buli siber.
Sinopsis My Famous Ex-Boyfriend
My Famous Ex-Boyfriend mengisahkan kehidupan Sameera yang pernah menjalinkan hubungan dengan Ishaak ketika di bangku sekolah. Ishaak kemudiannya ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama komersial Haque Zuhal.
Populariti Haque dalam industri hiburan telah menyebabkan hubungannya dengan Sameera retak. Akibat menjadi tumpuan umum, gadis itu juga terpaksa menghadapi pelbagai rintangan akibat komen daripada warganet.
Bayangan Haque Zuhal juga sukar untuk dielak kerana wajahnya sering muncul di kaca TV dan suaranya pula sering berkumandang di radio.
Sedang Sameera cuba untuk melupakan cinta pertamanya, dia bertemu dengan Jamie, seorang duda dengan kisah silam yang buruk.
Jamie sering digelar sebagai ‘suami dari neraka’ kerana meninggalkan isterinya yang lumpuh.
Dapatkah Sameera temui kebahagiaan dalam hidupnya dan siapakah yang akan menjadi pilihan hatinya? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama ini di Astro Ria.
Barisan Pelakon
Pelakon | Watak |
Hael Husaini | Haque Zuhal / Ishaak |
Qasrina Karim | Sameera |
Nadhir Nasar | Jamie |
Ryzal Jaafar | Nat |
Nur Aisyah | Dahlia |
Natasha Elyzza | Yaya |
Aleza Shadan | Saidah |
Jasmin Hamid | Sofia |
Waktu Tayangan
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini Astro Ria, On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Drama ini akan mula ditayangkan pada 23 Oktober 2023 dari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.
Baca Juga : Drama Luruhnya Bunga Cinta : Sinopsis, Trailer Rasmi, Pelakon