Drama Bukan Sekadar Lafaz (TV3): Sinopsis, Waktu Siaran

Kini giliran drama berjudul Bukan Sekadar Lafaz untuk menghiasi slot Akasia TV3.

Drama ini merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Sophilea dengan tajuk yang sama. Ayuh kita itu dengan lebih lanjut mengenai drama yang bakal muncul tak lama lagi.  

bukan sekadar lafaz

Sinopsis Drama TV3 Bukan Sekadar Lafaz

Drama berdurasi 20 episod ini mengisahkan tentang Asyikin (Wanna Ali) yang terpaksa berkahwin dengan sepupunya sendiri iaitu Hud (Alif Satar) demi menutup aib keluarga meskipun kebenaran belum pasti.

Pada awalnya, Asyikin sedih kerana Hud bukanlah siapa-siapa dan dia sendiri tidak mencintai lelaki itu.

Walaupun begitu, Hud tetap taat menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami. Pada awalnya, pasangan ini kekok menjalani hidup bersama dan Hud juga menghormati Asyikin sehingga tidak menyentuh isterinya sedikit pun.

Lama kelamaan, sifat Hud telah membuatkan hati Asyikin tertawan. Tanpa disedari, mereka telah pun jatuh cinta antara satu sama lain.

bukan sekadar lafaz

Ketika rumah tangga mereka sedang bahagia, pasangan itu diduga apabila Hud terikat dengan perjanjian yang memerlukan dia menceraikan Asyikin apabila tiba masanya.

Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan mereka dan sanggupkah Hud melepaskan Asyikin? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama ini sehingga episod terakhir!

Barisan Pelakon

Drama arahan Idora Abdul Rahman ini dibintangi oleh ramai pelakon terkenal tanah air. Berikut disenaraikan nama pelakon serta watak yang dipegang dalam drama ini.

PelakonWatak
Alif SatarHudzaifah
Wanna AliAsyikin Zaman
Malek MccroneFirman
Ahmad IdhamTuan Zaman
Mia NasirLufya
Wanns AhmadKhalid

Selain itu, drama bersiri ini turut menampilkan pelakon lain antaranya Kuza, Yuna Rahim, Yusra Akma dan Razzuan Rosli.

Waktu Siaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Bukan Sekadar Lafaz pada waktu siaran seperti berikut :

Tarikh mula tayangan : 17 Oktober 2023

Hari tayangan : Isnin hingga Jumaat

Waktu : 7.00 malam

Saluran : TV3 (Slot Akasia)

Bagi yang tidak dapat menonton di kaca TV, anda juga boleh saksikan drama ini secara online di platform streaming Tonton.

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan terkini drama ini di Instagram @bukansekadarlafaz.

Baca Juga : Drama Cik Misi 123 : Sinopsis, Barisan Pelakon, Waktu Siaran

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!