Surat Dari Tuhan (TV3) : Sinopsis, Barisan Pelakon, Waktu Siaran

Diarahkan oleh Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya), drama bertajuk Surat Dari Tuhan kini menemui penonton di slot Samarinda TV3.

Mula ditayangkan pada 30 Oktober 2023 dari Isnin hingga Khamis, drama ini membawa perspektif yang berbeza mengenai kehidupan menantu apabila duduk sebumbung dengan ibu mertua.

Drama Surat Dari Tuhan dibarisi oleh pelakon popular iaitu Shukri Yahaya dan Janna Nick yang memegang watak utama.

Sinopsis Drama TV3 Surat Dari Tuhan

Tindakan Ryan (Shukri Yahaya) yang berkeras untuk menjadikan Misha (Janna Nick) sebagai isterinya telah membawa penderitaan kepada hidup Rafilah (Sheila Mambo) iaitu ibu kepada Ryan.

Meskipun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, namun Ryan tetap membuka hatinya dan memberi peluang dengan harapan Misha berubah apabila sudah bergelar isteri.

Rafilah juga sejak dahulu tidak bersetuju dengan keputusan anaknya yang mahu segera berkahwin, namun Ryan tetap nekad untuk memperisterikan Misha.

Namun, kehidupan Ryan dan ibunya menjadi semakin teruk. Misha diibaratkan sebagai ‘menantu dari neraka’ dan telah membawa banyak penderitaan kepada Rafilah.

Sikapnya yang talam dua muka juga membuatkan Misha tidak menghormati ibu mertuanya, malah dia juga sanggup menyakiti hati Rafilah dan melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan menantu.

Ryan telah berjanji untuk bekerja keras dan membawa ibunya menunaikan umrah. Lelaki itu akhirnya memiliki bisnes kilang percetakan sendiri setelah mendapat kelulusan pinjaman perniagaan. Dia juga telah mengajak Misha untuk kerja bersamanya.

Misha terus berkasar kepada ibu mertuanya sehingakan Rafilah terjatuh dari tangga akibat ditolak oleh Misha.

Apabila mereka menunaikan umrah bersama, Misha masih tiada perasaan belas kasihan dan tidak mahu membantu ibu mertuanya sepanjang berada di sana. Malah, dia juga mempunyai niat jahat untuk membunuh Rafilah.

Surat Dari Tuhan

Sekembalinya dari Mekah, keadaan bisnes Ryan berubah sekelip mata apabila dia dapat tahu rakan kongsinya telah melarikan wang syarikat.

Suzana (Ummi Nazeera) yang merupakan seorang pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan supaya dapat bebas daripada hutang.

Ryan merasakan kehadiran Suzana telah membuatkannya lebih tenang dalam menghadapi semua cabaran.

Apakah yang akan terjadi kepada Ryan dan mampukah Misha berdamai dengan ibu mertuanya? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama ini sehingga selesai.

Senarai Pelakon

PelakonWatak
Shukri YahayaRyan
Janna NickMisha
Ummi NazeeraSuzana
Raff RosleeAmin
Sheila MamboRafilah
Trisha OoiRifqa
Qistina RaisahNadia
Arash MohdDaud
SyefikkMus
Balkisyh Semundur KhanCik Leha
Meor MohdCik Don
Shahidan IzwanDamien
Qayra ElDaria
Nik Ramly RejabFauzi
Nada Nur SyuhaidaIsteri Mus
Muhammad Danial AimanDaris
Surat Dari Tuhan

Waktu Siaran

Drama Surat Dari Tuhan yang berdurasi 30 episod ini akan ditayangkan bermula 30 Oktober 2023 pukul 10 malam di slot Samarinda TV3 (Saluran Astro 103) pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

Anda juga boleh menonton drama ini platform penstriman Tonton.

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda di TV3, sila ikuti laman media sosial TV3 di :

Facebook : TV3 Malaysia

Instagram : @tv3malaysia

Baca Juga : Drama Bukan Sekadar Lafaz (TV3): Sinopsis, Waktu Siaran

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!