K-Drama A Time Called You (Sinopsis, Barisan Pelakon, Review)

Kini mengungguli tempat kedua sebagai rancangan bersiri yang paling banyak ditonton di Netflix, drama A Time Called You sememangnya sebuah kisah cinta yang nyata berbeza daripada yang lain apabila ditambah dengan elemen misteri dan time-travel.

Ia adalah salah satu drama bersiri yang sudah dinanti sejak sekian lama dan kini boleh ditonton di Netflix.

Pasti ada yang belum tahu sebenarnya drama ini adalah adaptasi dari drama bersiri Taiwan bertajuk Someday or One Day yang disiarkan pada tahun 2019.

Dengan barisan pelakon K-drama popular dalam kisah ini seperti Jeon Yeo-bin dan Ahn Hyo-seop maka tidak hairanlah mengapa ramai yang menggemari drama ini.

Khas untuk anda yang bakal menonton drama A Time Called You, ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai drama yang sedang menjadi gilaan ramai ini.  

A Time Called You

Sinopsis K-Drama A Time Called You

Han Jun-Hee (Jeon Yeo-Bin) adalah seorang gadis yang berduka kerana kematian tragik teman lelakinya, Koo Yeon-Jun (Ahn Hyo-seop).

Yeon-jun dianggap sudah meninggal dunia walaupun jasadnya masih belum dijumpai dalam sebuah nahas kapal terbang.

Setelah setahun kemalangan tersebut berlaku, kesedihan Jun-hee masih belum terubat. Pada suatu hari, dia menjumpai beberapa bungkusan misteri yang berisi sekeping gambar dan kaset. Gambar tersebut ada seorang perempuan yang sangat mirip dengan dirinya dan berdiri di antara dua laki-laki.

A Time Called You

Setelah mendapat bungkusan tersebut, Jun-hee yang sedang menaiki bas tiba-tiba merentas masa lalu ke tahun 1998. Rohnya masuk ke tubuh seorang pelajar sekolah tinggi iaitu Min-ju yang baru sahaja mengalami kemalangan. Memorinya serta memori Min-ju juga saling bercampur sehingga membuatnya kebingungan.

Cerita semakin menarik apabila Min Joo bertemu dengan seorang lagi pelajar lelaki iaitu Nam Shi-heon (Ahn Hyo-seop) yang mirip dengan kekasihnya.

Nam Shi-heon pula ada seorang sahabat bernama Jung In-gyu. Jung In-gyu memendam perasaan secara diam-diam terhadap Min Joo.

Apakah kesudahan bagi cinta segitiga mereka dan dapatkan Jun-hee kembali ke garis masa asalnya? Kalau ingin tahu, kenalah tonton drama yang sedang hangat ini di Netflix.

Barisan Pelakon Drama A Time Called You

Berikut merupakan senarai pelakon serta watak yang dimainkan.

PelakonWatak
Ahn Hyo-SeopKoo Yeon-Jun / Nam Si-Heon
Jeon Yeo-BinHan Jun-Hee / Kwon Min-Ju
Kang HoonJung In-Gyu
Jang Hye-InBae Mi-Yeong
Min Jin-WoongOh Chan-Yeong
Seo Ye-HwaSeo Na-Eun
Lee Min-GooKwon Do-Hun
Jang Se-HyunSang Ho
A Time Called You

Review Drama

Walaupun baru ditayangkan selama beberapa hari, namun drama ini telah mendapat rating yang cukup hebat di beberapa platform seperti Google dan IMDB.

Rata-rata penonton cukup berpuas hati dengan kesudahan drama ini meskipun pada awalnya mungkin ada yang berasa agak keliru dengan babak merentas waktu.

Penonton bukan sahaja gemar plot twist dalam drama ini yang cukup mengejutkan, malah sinematografi era 1990an dalam drama ini digambarkan dengan sangat indah.

Ayuh kita baca beberapa review yang diberikan oleh penonton mengenai drama ini.

Jangan ketinggalan untuk menonton drama berdurasi 12 episod A Time Called You di Netflix hari ini! Untuk ketahui perkembangan drama dan filem terkini, jangan lupa untuk melanggan Netflix.

Baca Juga : Astro Go : Cara Daftar dan Tonton di Telefon Pintar dan Laptop

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!