Drama Haloba (TV3): Sinopsis, Barisan Pelakon

Drama Haloba akan bersiaran mulai 3 Oktober 2023 bagi menggantikan drama Pemburu Rahsia di slot Samarinda TV3.

Drama bersiri sebanyak 15 episod ini dibintangi oleh ramai pelakon terkenal antaranya Aiman Hakim Ridza, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal dan Afifah Nasir.

drama Haloba

Sinopsis Drama Haloba

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Erina yang baru pulang dari luar negara dan berniat untuk merampas kebahagiaan Raif. Lelaki itu miliki dua orang isteri dan seorang anak.

Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Erina telah mengguris perasaan isteri pertama Raif iaitu Aliya di hadapan lembaga pengarah. Sejak itu, dia telah dibuli dengan beban kerja yang banyak dan dimalukan dengan gurauan kasar serta melampau.

Atas bantuan seorang lagi isteri Raif iaitu Misha, Rina diminta untuk bekerja semula. Raif juga berpuas hati dengan hasil kerja Rina. Lama kelamaan, hubungan Raif dan Rina makin mesra sehinggakan telah mencuri perhatian media.

Pihak media pula cuba mendapatkan kepastian daripada isteri-isteri Raif sama ada mereka bersetuju atau tidak sekiranya Erina menjadi madu mereka.

Setelah mendapat kebenaran dari Misha, Raif dibenarkan untuk berkahwin dengan Erina namun pada masa yang sama Raif tidak senang duduk apabila mendapat tahu tentang hubungan Alia dan Taufik.

Pada masa yang sama, Aliya pula masih menyimpan dendam terhadap Misha dan sedang menyusun strategi.

Apakah yang akan terjadi pada rumah tangga suami dengan tiga isteri ini dan dapatkah mereka atasi semua konfilk untuk hidup bahagia? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama Haloba sehingga episod terakhir.

Barisan Pelakon

PelakonWatak
Aiman Hakim RidzaRaif
Afifah NasirErina
Sherry IbrahimAliya
Shiqin KamalMisha
Ieda MoinKak Zura
Shah IskandarTaufik
Izz IlhamAdam

Waktu Siaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Haloba bermula 3 Oktober pada waktu siaran seperti berikut :

Waktu : Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam

Saluran : TV3 (Slot Samarinda), platform streaming Tonton

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, sila ikuti laman Instagram @dramasangat.

Baca Juga : Drama Melastik Ke Hatimu : Sinopsis & Barisan Pelakon

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!