MOTAC | Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022
MOTAC | Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan kepada agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), anda boleh membuat permohonan bantuan kewangan kepada pengusaha pelancongan di bawah Belanjawan 2022.
Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022
Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan ini diwujudkan sebagai usaha untuk membantu sektor pelancongan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini kerana ia merupakan antara sektor yang sangat terjejas.
Berikut adalah merupakan antara pengusaha pelancongan yang terlibat untuk menerima bantuan ini:
- Syarikat pengendalian pelancongan (TOBTAB)
- Syarikat Malaysia Mysecond Home (MM2H)
- Pemandu pelancong
- Pengusaha spa
- Pusat urutan kaki (PUK)
- Pengusaha homestay
Kadar Bantuan:
- Syarikat TOBTAB dan MM2H: RM9,000
- Spa dan PUK: RM3,000.00
- Pemandu pelancong: RM1,500
- Pengusaha homestay: RM1,800
NOTA: Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali mulai bulan Mac dan Mei 2022.
Syarat Permohonan
- Syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOBTAB) dan Syarikat MM2H yang berlesen dengan MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
- Syarikat induk hendaklah mengemukakan permohonan baharu termasuk cawangan (jika berkenaan) secara serentak.
- Bantuan kewangan ini hanya dibenarkan kepada 1 syarikat induk dan 2 lesen cawangan sahaja (jika berkenaan).
- Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk memastikan maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah tepat dan benar.
- Kementerian ini tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan dan maklumat tidak tepat yang dikemukakan oleh pihak syarikat yang boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.
- Sebarang pemakluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi MOTAC.
- Bagi permohonan secara atas talian, akaun Google adalah diperlukan.
Tarikh Permohonan
Permohonan bantuan kewangan ini mulai dibuka 1 Mac sehingga 15 Mac 2022.
Dokumen Diperlukan
Sila sediakan dokumen seperti berikut untuk dimuat naik semasa membuat permohonan online.
- Borang Bantuan Kewangan Tahun 2022 (Muat Turun)
- Salinan Lesen Induk dan cawangan (jika berkaitan)
- Salinan Penyata Akaun Bank terkini Syarikat yang mempunyai nama Syarikat, no.akaun dan bertransaksi.
Cara Permohonan Bantuan Pengusaha Pelancongan
- Untuk memohon, sila layari pautan berikut:
https://www.motac.gov.my/bantuantobtabmm2h/permohonan
- Pilih negeri lokasi pengusahaan anda berada
- Lengkapkan segara maklumat yang tertera pada borang permohonan
- Pastikan anda memuat naik dokumen yang diperlukan
- Setelah lengkap tick pada perakuan dan tekan submit.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk:
- Soalan Lazim (FAQ)
- Website rasmi MOTAC: https://www.motac.gov.my/