Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 Tanpa Deposit

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 membolehkan anda memiliki rumah pertama tanpa deposit. Untuk semakan kelayakan dan cara permohonan, anda boleh semak maklumat seperti maklumat di bawah.

Menerusi skim ini, anda boleh ;

  1. Memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan
  2. Mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat
  3. Pinjaman/pembiayaan dijaminkan oleh Cagamas SRP Berhad

Apa Itu Skim Rumah Pertamaku

skim rumah pertamaku

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah. Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.

Baca juga : Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Mudah & Lengkap

Syarat Kelayakan

Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
  • Pembiayaan sehingga 110%*

* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang mendapat isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://power.akpk.org.my/
    • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Cara Memohon

  1. Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.
  1. Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.
  1. Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.
  1. Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.

Baca juga : Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Sabah LPPB

Senarai Bank Yang Mengambil Bahagian

  1. Affin Bank
  2. Affin Islamic Bank
  3. Alliance Bank
  4. Alliance Islamic Bank
  5. AmBank
  6. AmBank Islamic
  7. Bank Islam
  8. Bank Muamalat
  9. Bank of China
  10. CIMB Bank
  11. CIMB Islamic Bank
  12. Hong Leong Bank
  13. Hong Leong Islamic Bank
  14. Maybank
  15. Maybank Islamic
  16. MBSB Bank
  17. OCBC Al-Amln Bank
  18. OCBC Bank
  19. Public Bank
  20. Public Islamic Bank
  21. RHB Bank
  22. RHB Islamic Bank
  23. Standard Chartered Bank
  24. Standard Chartered Saadiq Bank
  25. United Overseas Bank

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai Skim Rumah Pertamaku, anda boleh hubungi ;

Alamat

Cagamas SRPA
Level 32, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Telefon : +603-2262 1800

Email : [email protected]

Website : https://www.srp.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!