Contoh Kad Kahwin Dengan Design Ringkas & Menarik

Contoh Kad Kahwin Dengan Design Menarik Untuk Bakal Pengantin

Kad kahwin juga adalah salah satu persiapan yang penting bagi bakal pengantin. Tidak kisahlah sama ada anda ingin berikan kad kahwin dalam bentuk fizikal atau dihantar secara online, anda tetap perlu sediakan kad undangan perkahwinan yang cantik kepada tetamu.

Mungkin anda rambang mata bila melihatkan contoh kad kahwin yang ada di Google. Jangan risau, di sini kami akan kongsikan beberapa contoh kad kahwin yang menarik untuk anda.

Checklist & Persediaan Buat Kad Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Sebelum anda tentukan tema atau design kad kahwin, pastikan anda telah siap dengan beberapa perkara berikut :

i) Jumlah Kad Kahwin

Bajetkan berapa banyak kad kahwin yang anda ingin cetak. Bagi yang ingin berjimat, anda mungkin boleh sediakan beberapa kad kahwin untuk diberikan pada rakan dan keluarga rapat sahaja. Selebihnya, anda boleh berikan softcopy e-card menerusi Whatsapp atau Telegram.

ii) Saiz Kad Kahwin

Terdapat pelbagai saiz namun yang standard adalah 4” X 6” atau 4” X 8”. Kedua-dua saiz ini membolehkan anda untuk print di atas kertas A4 sekitar 2 atau 3 keping kad sahaja.

iii) Peralatan

Peralatan yang paling asas untuk hasilkan kad kahwin adalah laptop atau komputer. Sekiranya anda ingin print di rumah, sediakan dakwat yang mencukupi.

Jangan lupa untuk sediakan gunting dan pembaris supaya potongan kad kahwin cantik dan lurus sekata.

Kalau ada bajet lebih, anda juga boleh hantar untuk print dan potong di kedai. Menjimatkan masa dan terjamin cantik hasilnya.

iv) Info Majlis Yang Tepat dan Lengkap

Jangan pula terlalu beriya untuk buat kad kahwin tanpa informasi majlis yang tepat. Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap seperti berikut :

  • Tarikh majlis
  • Masa majlis
  • Lokasi dan peta kad kahwin. Kalau letak QR kod untuk lokasi majlis lagi bagus.
  • Ayat kad kahwin untuk menjemput tetamu.
  • Nama serta nombor keluarga terdekat yang boleh tetamu hubungi.

Baca Juga : Emunakahat : Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang

v) Software Untuk Design Kad Kahwin

Terdapat beberapa software yang percuma dan mudah untuk digunakan seperti Canva dan Crello.

Sudah sedia untuk buat kad undangan majlis anda? Jom kita semak beberapa contoh kad kahwin menarik untuk dijadikan inspirasi.

Contoh Kad Kahwin Dengan Design Yang Menarik Untuk Bakal Pengantin

Flora

Motif ini menjadi pilihan ramai bakal mempelai kerana designnya yang cantik, minimal dan feminin. Penggunaan bunga berwarna pastel juga membuatkan kad kahwin yang dihasilkan enak dipandang.

Contoh Kad Kahwin

Kartun

Kad kahwin bermotifkan kartun juga menjadi trend di kalangan pengantin kerana ia tampak lebih berbeza berbanding yang lain.

Pastikan anda memilih motif kartun dan kombinasi warna yang menarik untuk tarik perhatian penerima.

Contoh Kad Kahwin

Klasik

Kad perkahwinan bertemakan klasik atau tradisional pula mestilah bertepatan dengan konsep majlis yang akan berlangsung nanti.

Kad undangan dengan tema ini banyak memainkan warna putih dan coklat.  

Contoh Kad Kahwin
Sumber: MyCetak
Sumber: Nizal Studio

Batik

Bagi yang sukakan motif bunga, anda juga mungkin sukakan kad kahwin bercorak batik. Berwarna-warni, unik namun tetap simple.

Contoh Kad Kahwin
Contoh Kad Kahwin

Geometri

Bagi yang sukakan rekaan kad kahwin yang ringkas dan elegan, anda mungkin suka design kad kahwin dengan motif geometri.

Biasanya tema ini menggunakan warna putih atau pastel sahaja. Anda juga boleh menambah sedikit motif bunga atau daun untuk serlah lagi rekaan kad kahwin geometri ini.

Daun

Selain konsep flora yang evergreen, ramai pengantin yang turut menggemari kad kahwin dengan kehijauan dedaun.

Turut dikenali dengan konsep tropika, kad ini cukup sesuai buat pasangan yang sukakan corak yang lebih tenang.

Songket

Selain konsep klasik, anda juga mungkin gemarkan motif songket untuk kad undangan majlis anda. Ia mirip dengan konsep kad kahwin Melayu Klasik, namun corak yang berulang dan rapi membuatkan ia tampak lebih elegan dan formal.

Memang banyak design kad kahwin yang cantik untuk anda jadikan pilihan. Pastikan tema yang dipilih sesuai dengan konsep majlis, barulah sepadan!

Semoga contoh kad kahwin yang kami kongsikan ini bermanfaat bagi membantu anda membuat persiapan majlis raja sehari. Selamat mencuba!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!