Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus

Biodata Anna Jobling

Nama Anna Jobling mendapat perhatian peminat bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia disebabkan ledakan populariti drama bersiri slot Lestary TV3, Melur Untuk Firdaus.

Ramai yang memuji bakat serta chemistry lakonan gadis cantik kacukan Melayu-Inggeris ini bila digandingkan dengan pelakon kacak Merqeen.

Pelakon ini turut terkejut apabila namanya tersenarai sebagai antara 10 personaliti paling banyak carian dalam Google Malaysia sepanjang tahun 2022.

Bukan itu sahaja, malah drama bersiri Melur Untuk Firdaus pula menjadi drama bersiri kedua paling dicari selepas drama bersiri daripada Korea Selatan, All Of Us Are Dead.

Paras jelita Anna juga pernah menjadi sebutan warganet kerana dikatakan mirip dengan aktres Amelia Henderson.

Biodata Anna Jobling

Mungkin ramai lagi yang belum kenali pelakon dan bintang iklan cantik ini dengan lebih dekat. Jadi, jom kita semak serba sedikit biodata Anna Jobling.

Baca Juga : Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof

Biodata Anna Jobling

Biodata Anna Jobling

Nama : Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman

Keluarga : Azni Raihana Arop (ibu), Abdul Rahman Abdullah (bapa)

Umur : 23 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 14 Ogos 2000

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Agama : Islam

Laman Instagram : @annajobling

Perjalanan Karier Anna Jobling

Sejak berusia belasan tahun, ibu bapa Anna telah memberikan sokongan penuh kepada anak tunggalnya untuk menceburkan diri di pentas peragaan.

Antara pentas peragaan terawal yang pernah disertai oleh Anna adalah Miss Melaka dan Miss Pahang.

Bagi menggilap bakatnya dalam bidang peragaan, Anna dilaporkan turut menyertai akademi peragaan milik Amber Chia.

Anna Jobling mendapat peluang untuk tampilkan bakat di pentas Dewi Remaja 2018/2019 bersama peserta lain antaranya Haneesya Hanee, Tia Sarah dan Sherin Amiri.

Berkat usaha dan kecekalannya, beliau berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat.

Sekaligus, pentas Dewi Remaja turut menjadi batu loncatan bagi Anna untuk menceburkan diri secara lebih profesional dalam bidang seni.

Setelah berakhirnya program Dewi Remaja, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia hiburan apabila dihujani pelbagai tawaran lakonan dan iklan.

Drama pertama lakonan beliau adalah One Two Hantu terbitan Awesome TV.

Selain drama Melur Untuk Firdaus, aktres berbakat ini turut muncul di beberapa drama seperti Kalung, Malaysian Ghost Stories, Shah Alam 4000, Mr Millenium serta filem Pasal Kau dan Penunggang Agama 2.

Beliau juga pernah muncul sebagai wajah bagi beberapa jenama terkemuka seperti Darlie, Enchanteur, Samsung, DiGi, Watson dan banyak lagi.

Untuk ketahui perkembangan Anna Jobling, jangan lupa untuk ikuti akaun Instagram gadis cantik ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!