SADE: Skim Air Darul Ehsan 2022 | Bil Air Percuma Setiap Bulan!

SADE: Skim Air Darul Ehsan 2022 | Bil Air Percuma Setiap Bulan! ~ Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh berjimat dengan lebih banyak melalui program SADE, Skim Air Darul Ehsan. 

Melalui program ini anda boleh menikmati bil air percuma setiap bulan! 

SADE: Skim Air Darul Ehsan 2022

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

NOTA: Bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang.

Antara objektif program in adalah untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). 

SADE

Syarat Kelayakan 

Sila semak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) untuk mengetahui sekiranya anda layak.

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
  • Premis kediaman mempunyai meter individu.
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Cara Memohon

  • Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut: www.airselangor.com
  • Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM). Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke: [email protected] atau, melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

Atau, layari pautan berikut untuk menonton video mengenai program ini: https://www.youtube.com/watch?v=Xu28eC_bEnw&t=12s 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!