Biodata Meerqeen, Pelakon Utama Melur Untuk Firdaus

Biodata Meerqeen

Nama Meerqeen sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. 

Walaupun masih baharu dalam industri, ramai yang cukup memuji bakat lakonan pelakon muda ini dalam drama hit, Melur Untuk Firdaus.

Drama dengan plot cerita yang menarik ini juga menjadi fenomena dan tular sehingga berjaya menambat hati penonton daripada Indonesia. 

Lebih menarik lagi, drama yang menggandingkan Merqeen dengan Anna Jobling itu terbukti cukup popular apabila muncul sebagai drama kedua yang paling dicari di Google sepanjang tahun 2022. 

Bagi yang belum mengenali pelakon popular ini dengan lebih dekat, jom kita semak biodata Meerqeen.  

Baca Juga :Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus

Biodata Meerqeen

Nama Penuh : Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam

Tarikh Lahir : 4 Jun 2001

Umur : 22 tahun (2023)

Asal : Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor

Pendidikan : Kolej Vokasional Gombak

Instagram : @meerqeen

Perjalanan Karier Meerqeen

Meerqeen berpeluang untuk tonjolkan bakatnya secara profesional apabila terpilih sebagai peserta Hero Remaja 2020 dan berjaya merangkul tempat ketiga. 

Antara peserta yang turut bertanding bersama Meerqeen adalah Nadhir Nasar, Hariz Hamdan, Imran Aqil, Jazmy Khan, Aniq Suhair dan Jabir Meftah. 

Selepas tamatnya program pencarian Hero Remaja, Meerqeen dihujani dengan pelbagai tawaran lakonan. Selain Melur Untuk Firdaus, antara drama bersiri yang pernah dibintangi beliau adalah Angkara Cinta dan filem Kelaster serta Frontliner. 

Impak populariti yang diraih menerusi drama Melur Untuk Firdaus juga membuka rezeki buat Meerqeen untuk muncul buat pertama kalinya di web series terbitan Bank Rakyat Indonesia (BRI) yang bertajuk Modus Operandi. 

Menerusi ruangan komen, ramai warganet memuji bakat lakonan semulajadi Meerqeen yang tidak kekok membawa dialog Bahasa Indonesia. 

Bagi anda yang merindui lakonan Meerqeen, jangan lupa untuk tonton drama terbaru bertajuk Nenek Bongkok Tiga / The House on Autumn Hills, sebuah drama Viu Originals secara eksklusif di platform tersebut bermula 9 Februari 2023.

Drama ini turut dibintangi oleh ramai pelakon terkenal antaranya Hun Haqeem, Sofia Jane, Sherie Merlis dan Sara Ali.

Biodata Meerqeen

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah jejaka berusia 22 tahun ini juga berkebolehan dalam bidang nyanyian. 

Hasrat beliau untuk melibatkan diri dalam bidang yang diminatinya sejak bangku sekolah ini akhirnya tercapai apabila beliau melancarkan sebuah single bertajuk ‘Menunggu’ pada tahun 2021. 

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Meerqeen, jangan lupa untuk ikuti laman Instagram beliau. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!