Pinjaman KWSP MBSB Ihsan-i (FS2A) Online 2023

Bermula 7 April 2023 pinjaman KWSP MBSB ihsan-i boleh dibuat secara online. MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) merupakan antara bank yang menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah.

Menerusi kemudahan ini juga, ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun boleh memohon pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun bergantung kepada kelayakan.

MBSB Ihsan-i merupakan kemudahan pembiayaan peribadi patuh Syariah yang direka khas untuk ahli KWSP dalam menyediakan bantuan kewangan

Berikut kami kongsikan mengenai pinjaman FSA2 KWSP MBSB Ihsan-i dengan lebih lanjut

Apakah Ihsan-i ?

Ihsan-i merupakan kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif

Ciri Pinjaman KWSP Ihsan-i MBSB Bank

pinjaman kwsp mbsb ihsan-i
  • Kadar pembiayaan yang kompetitif
  • Konsep produk: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
  • Tempoh pembiayaan: sehingga 10 tahun
  • Jumlah pembiayaan: RM 3,000 sehingga RM 50,000
  • Perlindungan takaful: Wajib
  • Terma pembiayaan:
    • 12 bulan pertama: Bayaran Keuntungan sahaja
    • Bulan ke 13 dan seterusnya : Prinsipal + Keuntungan (Ansuran Penuh)
  • Tiada Penjamin diperlukan.

(Nota: Kadar Asas Standard (KAS) semasa pada 2.75%)

Kadar Pinjaman KWSP MBSB ihsan-i

Jumlah yang dibenarkan di bawah kemudahan sokongan adalah antara minimum RM3,000 hingga maksimum RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang terdapat dalam Akaun 2 Ahli KWSP apabila permohonan dikemukakan.

Berikut gambaran kelayakan pengeluaran kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) bagi ahli KWSP

   
Ahli KWSP   
   
Ahmad   
   
Rita   
   
Sara   
   
Baki simpanan Akaun 2   
   
RM 70,000   
   
RM 3,000   
   
RM 7,500   

Amaun permohonan pengeluaran pra- persaraan yang belum diluluskan
   
RM 10,000   
   
None   
   
RM 5,500   

Amaun Kelayakan Awal
   
RM 50,000
   
Had maksimum pembiayaan
   
adalah RM50,000   
   
RM 3,000   
   
RM 0
   
Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000   

Walau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh MBSB Bank

Semakan Baki Akaun 2 KWSP

Sebelum membuat permohonan Ihsan- i dengan MBSB Bank, ahli KWSP disarankan dahulu untuk menyemak jumlah simpanan Akaun 2 KWSP. Untuk semakan ahli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 melalui:

  1. i-Akaun (Ahli) web / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau
  2. Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP

Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB

pinjaman kwsp mbsb 2023

Permohonan cukup mudah. Anda boleh membuat permohonan secara online melalui MBSB Bank . Tanda tangan juga tidak di perlukan untuk permohonan ini. Untuk memohon anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut ;

  1. Langkah 1: Buat semakan awal terlebih dahulu iaitu semakan kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Langkah 2: Sekiranya jumlah baki akaun kwsp 2 anda memenuhi syarat, anda boleh meneruskan permohonan Ihsan- i melalui portal MBSB Bank https:// www.fsa2mbsbbank.com mengikut terma dan syarat yang ditetapkan ;
  3. Langkah 3: Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal MBSB Bank , berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh MBSB Bank berkenaan

Dokumen Sokongan Diperlukan

  • i.Berpendapatan Tetap: Hanya Kad Pengenalan (IC) pemohon diperlukan
  • ii.Bekerja Sendiri: 6 bulan penyata bank atau 3 bulan penyata pendapatan atau borang BE

Semakan Status Permohonan

Sama ada berjaya atau tidak, pemohon akan menerima SMS pemberitahuan mengenai status permohonan

Pengkreditan Pinjaman KWSP MBSB

Sekiranya permohonan pinjaman anda berjaya dan diluluskan, dana akan dipindahkan ke Akaun Simpanan Peribadi MBSB. Akaun Bersama dan Akaun Simpanan lain tidak dibenarkan.

Bagi anda yang tidak mempunyai akaun bank MBSB, anda boleh membuat Pendaftaran perbankan dalam talian untuk tujuan pemindahan dana pembiayaan kemudahan Ihsan- i. Sila layari laman web MBSB Bank di https://www.mbsbjourney.com/rib/ dan daftar dengan akaun Simpanan Peribadi MBSB

Bayaran Ansuran Pembiayaan

Sekiranya permohonan berjaya, ahli boleh membuat bayaran ansuran pembiayaan boleh dibuat melalui:-

  • Kaunter MBSB Bank
  • Permohonan arahan tetap (SI)
  • Perbankan dalam talian

Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja. Selaian daripada itu Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan Bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui

Kegagalan Membuat Pembayaran Pinjaman

Sekiranya pemohon gagal menunaikan kewajipan pihak MBSB Bank berhak untuk mengambil sebarang tindakan yang diperlukan. Pihak KWSP juga tidak akan bertanggungjawab dengan kegagalan ahli untuk membayar pinjaman mereka.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat tentang pinjaman KWSP MBSB Ihsan-i seperti, jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan anda boleh layari web MBSB.

Untuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini: https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu MBSB Ihsan-i ?

MBSB Ihsan-i merupakan kemudahan pembiayaan peribadi patuh Syariah yang direka khas untuk ahli KWSP dalam menyediakan bantuan kewangan

Berapakah kadar pembiayaan MBSB Ihsan-i?

RM3000 sehingga maksima RM50,000

Adakah terdapat sebarang potongan fi atau bayaran pendahuluan daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan?
 

Amaun sumbangan Takaful Kredit Berkala Berkumpulan (GCTT) akan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah pembiayaan yang dikeluarkan. GCTT akan memberi perlindungan sehingga tempoh pembiayaan. Kadar takaful bergantung kepada umur dan tempoh pembiayaan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!